Tuesday, December 10, 2013

~wAlauPuN hAnYa sekAdAr MiMpI~

Walaupun hanya sekadar mimpi, tapi perasaan tu cukup indah untuk aku rasakan. Mimpi apa???? Alkisahnya, semalam pagi2 lg dalam pkul 4 pg, kitaorg laki bini + SIL + nephew btolak dr Melaka ke Puchong sbb hubby dan SIL dh keje. Memang ngantuk la. Sampai je Puchong, lepas hubby pg keje, aku sambung tido jap. Ha, masa tido tu la, aku bermimpi..hihihi..

Dalam mimpi tu, aku ada 3 orang anak, yang pertama 5 thn, yg kedua 3 thn dan yang ketiga nak masuk 2 thn. Yang paling best, ak expecting lg for our 4th child. We are happy family.

Seronok betul perasaan tu, mmg tak dapat aku gambarkan. Mungkin itulah perasaan mereka yang bergelar ibu. walaupun dalam mimpi, kebahagiaan tu aku terasa sampai ke alam nyata lepas aku bangun. Aku rasa mcm nak tido jer sepanjang hari supaya aku bleh sambung mimpi aku tu..hihihi.. Alahai, kan best kalau semua tu kenyataan, bukan MIMPI.

Semoga Allah rezekikan kami untuk bergelar "IBU dan AYAH" nnt, insyaallah..

~sEkAdAr lUahaN hAtI SeOrNg tTcIaN~

30 November 2013

Being childless women is not a wonderful journey to be walk in. It is full with heart torture and pain as well. Only Allah knows how “suffer” im now.
Terlalu sakit, aku sendiri xtau nk describe mcm mana perasan aku kala ni. Cemburu? Suka? Sedih? Entahlah. Yang pasti aku terusik dgn berita yg disampaikan oleh Wak. Dia bcerita ttg sana sini org beranak. Dan KESEMUA mereka tu kahwin lewat lebih setahun dari aku. Majoritinya kawen hujung tahun lepas dan awal tahun ni. See how blessed they are? Not like me. In about 2 months we are going to celebrate our 3rd anniversary. And again without our own child, unless miracle happen to me in this two months. I really hope for that miracle, but im afraid based on my last experiences. FAILED.


Balik kampung best, jumpa family apa semua. Tapi bila nak berdepan dgn sedara mara, aku jd mcm malas, tak suka jumpa dgn org lain. Sebab aku takut diorang akan btanya ttg anak. Aku malu sbb masih belum mengandung. Mungkin mereka akan beranggapan aku tidak subur dan akan kaitankan dgn keturunan aku yg mana 2 org kakak aku juga childless. Mereka tidak akan faham, semua ini rezeki Allah bukan sbb keturunan. Aku juga takut, jika dibandngkan dgn org2 lain yg bkahwin lewat atau sama dgn aku yang masing2 dh beranak pinak. Tak mcm aku. Entahlah, aku pun tak tahu dgn nasib aku ni. Semoga aku lebih tabah..;)

~CuTi sEKOlaH KamI~

23 November 23, 2013

Edisi cuti sekolah

Ecelly dh seminggu cuti sekolah dan hampIr seminggu jgk lah aku ni bermastautin kat Puchong, rumah kak ipar aku. plan asal nak duk kejap jer, then nk balik kg, tapi apa kan daya keadaan kewangan kami agak gawat dan kritikal yang teramat nak nunggu gaji.hihihi..Duit nk beli tiket bas pun x cukup, camno ni???  biasalah kami laki bini mmg mcm ni kalau bulan yang lambat dpt gaji. Bukan sebab boros or ape2, mmg byk komitmen stp bulan, plus aku sorang yg menanggung semua. But now Alhamdulillah, hubby dh dpt keje just blum dpt gaji jer. Insyaallah, 30 nov ni br gaji dia masuk. Ringanlah sikit kami nnt.;)

Ok berbalik pd kisah cuti ni, kami xda plan nk pg mana2 pun, sbb xda bajet yg cukup, tmbahan plak kitaorg cdg nk beli sbuah kereta lg dlm masa terdekat, so kene bjimat lah. Insyaallah, dpt gaji hari isnin ni, aku nk pg beli tiket balik kg. Kalau dpt balik awal best la jgk, bleh duk lama2 kat kg. Lgpun, my mum x brapa sihat,bimbang jgk. Ye la, kalau dulu, sbulan cuti sbulan jgk lah aku duduk bwh ketiak mak, tapi skg dh kawen, sbulan cuti, bleh blik kg sminggu pn dh cukup baik. Itu pun tpaksa bagi2 jgk antara rumah mak n rumah mentua. Ini lah kisahnya kalau kawen dkt2.hihihi. Then, 3 Dis aku dh kne fly dtg Puchong blik bw anak buah hubby dtg sini. So, secara tidak langsungnya, aku jd nanny lah. Ehmmmm. Sabarkah aku nk mlayan kerenah bdk tu?????. Semoga di berikan extra sabar than usual.hihihi.Llepas tu, 11 Dis, hubby plan nk blik kg plak dlm 4 hari cmtu lah. Oklah, bleh aku ambik ank2 buah aku skali dtg Melaka. Kesian diorg, skurang2nya bleh happykan diorg jgkkan. Wah.. byk betul perancangan aku ni, tapi apa2 pun, aku serahkan pada Allah kerana Dia sebaik2 penentu.


Oh ya, result ptukaran hubby ke Melaka keluar 7 Dis ni, aku harap sgt dia dpt transfer sana. Kesian dia duk kat sini, semua benda kene uruskan sendiri, dah la tu, hujung minggu plak kne drive sorg2 blik Melaka. Sayu hati aku ni tgk si suami bsusah payah utk aku. aku harap sgt2 Allah makbulkan doa kami untuk tinggal sebumbung, insyaallah. 

~BiLa AdA yAnG mEnggAnGgU~

Actually entry ni dah lama nak upload, tapi tak berkesempatan....

16 November 2013

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pemurah..
Hari terasa begitu asing bagi aku dan dia. Aku rasa dia seolah-olah bukan dia yg dulu. Dia pandang aku dgn pandangan yang marah. Seperti ada kesalahan besar yang telah aku lakukan. Sebelum dia tak pernah pun mcm ni. Semalam waktu dia dtg jemput aku kat rumah azie, muka dia masam mencuka. Aku takut nk tgk sbb dia tak pernah mcm tu. Aku pun tak tahu apa salah aku. terasa sgt2. Dah la seminggu tak bjumpa, harap2 bila jumpa happy la, tp sebaliknya. Sampai rumah pun, dia masih masam, x tegur aku pun. Aku terus je ambik wuduk dan solat. Tak lama lepas tu, dia pun solat. Lepas dia solat tu baru dia tegur aku, tapi muka dia masih lg tak smesra biasa. Kami keluar makan, kat kedai makan pun, awalnya kami x ckp byk. Aku lbh byk bfikir tentang kami. Apa nak jd dgn hubungan kami ni? Apalah nasib kami suami isteri.

Pagi tadi dia bagtau nak pergi rumah Ustaz Nazeri, nak berubat lagi. Dia kata smlm masa jemput aku kat rumah Azie, dia rasa nk marah kat aku. tak tau kenapa. Aku memang dah agak dah. Petang td pun sama, masa waktu asar, dia tgk aku mcm ada something yang dia tak puas hati dgn aku, rasa marah. Padahal aku xda buat apa pun kat dia. Then, masa keluar pergi tesco, dia mengaku yang masa waktu asar tadi, dia rasa nak marah dgn aku, tapi dia tak marah. Jadi dia akansakit 1 badan, sendawa keluara ngin, rasa sakit sendi, semua lah pendek kata. Kesian dia.


Aku sedih sebenarnya dgn semua ni, nak salahkan dia pun tak boleh sbb ini gangguan makhluk halus pada kami. Mungkin org yang mhantar gangguan tu bertujuan untuk merosakkan hubugnan kami. Nauzubillah. Aku pun tak tahu lah..

Tuesday, October 15, 2013

~InIlAh tAkDiR kAMi~

Bismillah...
First, nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha. Ni kali pertama aku sambut hari raya di tempat orang, jauh daripada mek and ayah. Sedih, tapi apa boleh buat, dah nasib mencari rezeki di tempat orang. Apa2pun, Alhamdulillah, aku masih ada suami yang setia di sisi. ;). Aku punya SIL pn ada dtg beraya kat sini, so meriah la sikit. Kawan aku si Yani tu pun ada dtg jgk. Terubat la rindu kat kg sikit..;(

Secondly, mlm ni hubby bertolak ke Puchong dgn SIL. Alhamdulillah, dia dpt kerja kat USJ 8, act as Lab Asst. Lama jgk dia menganggur, setahun lebih duk terperuk je kat rumah, aku kesian sgt kat dia masa tu. Sgt kesian, sampai xda kata aku nak luahkan perasaan aku ni. Setiap kali aku pandang mata dia, aku sayu, betapa besar pengorbanan dia untuk aku. Sanggup berhenti kerja demi aku, tak sanggup nak tgk aku sedih stp kali bjauhan dgn dia, jg kerana keselamatan aku kat sini sorang2. Sampai mati pun aku tetap igt pengorbanan dia. Bayangkan setahun lebih hidup tanpa GAJI, bg org perempuan mungkin itu bukan masalah, tapi bg seorang LELAKI yang sudah bermah tangga, itu amat membebankan fikiran. Sudah cukup utk membuatkan seseorg tu hilang sabar. Tapi hubby amat penyabar menempuh saat2 itu. Alhamdulillah. Berkali2 pergi itrview, hantar resume sana sini, tapi satu pun tak melekat kerja utk dia di Melaka ni. So, bila dh dpt dkt USJ, aku redha dan bersyukur. Walaupun terpaksa berjauhan, tapi itu lebih baik utk dia dan aku dari Allah. Apa2 pun, aku tetap bersyukur, walaupun aku sebenanrnya sedih kerana terpaksa berjauhan dari dia, dia pun sama. Menitiskan air mata tatkala meninggalkan aku tadi. Aduh, syahdunya. Jadi malam ni, bermula lah episod baru hidup aku, tidur sorg2, makan pun sorg2.. Hujung minggu barulah dapat tidur dgn hubby. Pendek kata, aku mula kira hari lg la ni.. Sabar je la, dah INI TAKDIR KAMI.. 

Dari mula2 kawin, sampai setahun 2 bulan kami PJJ Melaka->Kedah. Then, bulan Mei 2012 kami ambik keputusan untuk tinggal sebumbung, dia resigned kerja kat Kedah and gamble utk dtg cari kerja kat sini. Cari punya cari sampai setahun lebih, tak dpt2 jgk. Alhamdulillah, dalam tempoh masa hubby jobless tu, kami laki bini tak pernah bgaduh tentang duit, tak pernah la tak makan. Sentiasa ada rezeki utk kami berdua. Alhamdulillah, bulan Julai hari tu, hubby dpt intrview utk job Lab Asst yg dia dpt skg, dan dpt lapor diri 2 Oktober lepas. Ats sebab2 tertentu, dia tangguhkan lapor diri dan akan lapor diri esok. Insyaallah, semoga itu rezeki terbaik utk kami. Semoga kesabaran dan keredhaan kami utk ujian ini, dlm perkiraan Allah.;)


Monday, August 26, 2013

introduction::-) @ peti ais kecilku...

Gambar atas peti ais, alas tu aku beli dr Cosway.
Kt bwh tisu tu, buku resepi kami laki bini.;)

Pintu peti ais aku, x full sgt. Peti ais aku, xda air kosong sejuk, sbb kami x suka.
(Jaga kesihatan sgt la konon.;p)
Itu pun aku alas guna alas Cosway jgk.
Mmg terbaik la.


Keadaan dlm peti ais. Actually ada satu lg tray kat tgh tu, tp aku buang.
Bila dh buang, nmpak luas sikit kan? 

Sunday, August 18, 2013

~RaYa kAMi bErDuA LaGi~

Selamat Hari Raya semua..;) Mcm mana raya kali ni? Best x? Mungkin ramai yg diluar sana excited nk smbut raya kali ni, sbb ni kali pertama beraya bertiga bersama orang baru. Excited sgt2, aku dpt bygkan semua tu. Plg tidak pun, sekurang2nya, excited bleh bgtau sedara mara yg dirinya dh mengandung, bleh tunjuk perut kn? OMG sungguh indah ya semua tu. Tapi SORRY itu  bukan milik aku untuk tahun ni.;(, Insyaallah, thn depan rezeki kami.

Raya tahun ni msh lg sama sperti thn2 sebelum ni, kami masih berdua. Ini raya ketiga utk kami sbg suami isteri, dan perasaan kami hanya milik Allah. Dia yg Maha Mengetahui segalanya. Tipulah kalau aku dan suami x terusik bila tgk pasangan lain beraya bersama anak2, sedangkan kami masih berdua. Kalau iktkan hati, mmg bermandi air mata la aku time raya aritu. Tapi nk buat mcm mana, tetap perlu tabahkan hati.

Sepanjang jd tcc'ians ni, kami cm mls sgt2 nk pg beraya kat umah sedara mara, rasa down sgt2 bila ditanya soaln2 cepumas tu, tmbah plak dgn berita, org tu pregnant, org ni beranak. Aduh tension mak nengggg... Rasa diri ni kurang sgt2 sbb xleh pregnant, sbb xda anak. Raya tahun ni turn rumah aku dulu, tgh hari sikit baru blik rumah MIL. Lps solat raya, kami adik bradik pg rumah mak2 sedara kami yg dkt dgn rumah kitaorg. 2 buah rumah je. Then, terus blik rumah dan bersiap2 utk pg rumah MIL. Sampai rumah MIL, pg beraya rumah abg ipar sebelah rumah MIL. Mkn2 kejap, lepas tu, blik tidur. Dah hbs episod raya kitaorg. Itu je. Raya kedua dh mcm x raya, back to normal routine.;(

Harap2 next year lbh meriah, dan harapa msh dpt bersalam dan mencium tangan2 org yg tersayang pd masa akn dtg.

Thursday, July 18, 2013

..DuGaAN dI BuLan rAmADhAN...

Dh nama pn dugaan kan. Apa yg diduga sbnrnya????
Apa lg dugaan pd org ttc cm ak ni, kalo bukan soal anak.

Last week one of my fren msk keje lmbt, aku x kisah pn soal dia msk keje lmbt tu. Kebetulan aku free pg tu, jd aku duk sembangla dgn rakan2 smeja aku. Tiba2 ak tdengar......

"Ye ke? Dah mngandung dak F. Dah brapa minggu dh? 5 minggu? Tahniah2, jaga diri baik2 ye."

Owh, u can imagine my feeling at that time? Even my mouth immediately said "Alhamdulillah", but i dunno either it is really sincere from bottom of my heart or just to hide my indescribable feeling. 

Ok, thats is the first story, 2 second story came last few days. Also my fren at the same workplace. 
"Mabuk ke Min? Kalo x larat, buka la puasa."

Aduh, again im received that kind of news. Jujur aku katakan, aku tak tahu mcm mana nak respon pada semua2 bnda2 mcm ni. kedua2 mereka berada di depan mata aku, setiap hari aku jumpa mereka. Setiap hari jugalah aku mendengar mereka bercerita ttg kandungan dan anak, setiap hari aku melihat perut mereka membesar. Dan setiap hari jugalah aku terpaksa untuk kuatkan diri mengukir senyuman, melindungi perasaan sendiri. Seolah2 dihati aku langsung tidak terkesan dgn keadaan mereka. Tetapi jauh disudut hati aku hanya Allah je tahu, betapa peritnya berdepan dgn semua itu. Moga Allah berikan aku ganjaran di atas kesabaranku untuk menghadapi semua ini. Nasib baik la ni bulan Ramadhan, kurang sikit syaitan nk cucuk. Dan aku plak, byk masa dihabiskan dgn dgr ayat alquran dan mbaca alquran bila waktu free. Aku elak utk bcakap dgn rakan2 lain, krna aku xnak mereka melukakan hati aku yang dh tersedia rapuh. Hanya rakan2 di meja aku je yg memahami aku. Thanks kawan.;)

Tuesday, July 9, 2013

...SabArlAH WahAi hAti....

Sebenarnya dr semalam lg aku nak share benda ni kat sini, tapi x bkesempatan. Badan penat, otak penat, perasaan pun penat jugak. Dari mana nak mula pun aku x tahu.

Alkisahnya, semalam after blik sekolah, aku lepak2  la dgn hubby kat depan tv, tiba2 hubby bgtau kawan dia Si Gemuk (tu pggln ktaorg kat dia) dah dpt bby. Glurpppppppppppp. Entah knapa aku terus rasa sebak, sedih dan semua bagai perasaan yg x best tu. Tp b4 tu, aku sempatlah ckp "Alhamdulillah", xtau la ikhlas ke x ucapan tu keluar dr mulut aku. ;(. Tambah plak kawan dia tu kawen stahun lbih selepas ktaorg kawen. Aku terus hilang mood nk lepak, fikiran aku dh terbang entah ke mana memikirkan nasib diri yg belum dikurniakan zuriat. Rasa iri hati dan cemburu mula mengusik tangkai hati. Ya Allah, ampuni aku.

Then, lepas je solat Asar, aku nangis semahu2nya. Meluahkan segala yang terbuku di  hati kepada Ya Rabb, betapa sedihnya rasa hati ini, betapa teringinnya aku untuk menimang zuriat. Ya Allah, ampuni aku kerana memiliki perasaan iri terhadap berita yg telah disampaikan oleh suamiku. Aku tidak mahu menyimpan perasaan itu, aku mahu ikhlas dlm menerimanya dan redha dgn ketentuanMu. Aku hanya insan biasa Ya Allah, yang kadangkala terguris dan terhiris hatinya. Bukan aku dengki, cemburu dengan mereka, tapi aku tidak dpt membendung rasa sedih di hati mengenang nasib diri sendiri. Tambah lagi, aku x mahu suami aku bersedih. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapinya, untuk terus tabah dan tersenyum.

Aku tahu semua ini akan mematangkan aku dan menjadikan aku hamba yang lebih dekat dgnMu Ya Allah.

p/s: Entri ni caca merba sikit, emosi kurang stabil..;(

Friday, July 5, 2013

...China..oh.. China..

Ha, apa hal plak dgn China ni??
Citernyer cm ni, last week geng sek aku tu wat trip ke Vietnam. Tapi aku x ikut, sbb financial x berapa mengizinkan. Al maklumlah, skg ni En. B jobless, jd kene jimat la sikit kan, tmbah plak, sebulan dua lg nak blik kg utk raya. Pun nk guna duit jgk kat sini. Jadi terpaksalah aku korbankan keinginan aku tu, insyaallah dpn hari akan ada rezeki utk kami. 

Leaps blik dr Vietnam aritu, adalah sorang hamba Allah ni buka offer trip ke China Disember 2014 nnt, 20 org jer. Aku terus la bgtau nk join, sbb aku fikir lmbt lg nk p. So, sempat la aku simpan duit dulu and aku harap dlm masa terdekat En. B akan dpt keje. Insyaallah.

Dalam masa aku duk ckp2 nk p China tu, adalah suara2 yg ckp lebih kurang cmni la,
"Eh, ko nk China ke?"
"A'ah. Kenapa?"
"Ko x takut ko mengandung ke thun depan? Nnt rugi la duit ko kalo x dpt pegi."
"Hahaha.. Aku x kisah pun, kalo ada rezeki mengandung next yer, aku cancel je la nk ikt trip tu, plg kurang pun tiket flight je burn. Tapi x pe lah, mungkin Allah gntu dgn rezeki anak. Kalo aku fikir mcm ko ckp tu, jwbnyer x kemana-mana lah aku laki bini. Duk kat umah jer, tunggu mngandung. Rugi la masa tgh bdua ni kalo x manfaatkn betul2."
"Betul jgk ckp ko"

Terus je dia diam. Aku bukan apa, aku  xsuka la, nk kaitkan benda2 ni dgn pregnant, anak. Sebab semua tu kat tgn Allah, Dia tahu bila masa Dia nk bg rezeki tu utk kami. Dia tahu waktu sekarang ni belum sesuai utk kami, sbb kewangan kami waktu ni sgt3 la terhad. Kdg2 x sempat smpai hujung bulan, poket dh nk hmpir kering. Ye la wat masa skg ni, aku sorang jer yg menanggung segala isi rumah, dr A-Z. Kalo ada anak, nnt dia nk mkn apa? Mcm mana nk beli pampers, susu, pengasuh bagai??? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mungkin bila suami aku dh kerja nnt dan hidup kami dh stabil, Dia akan hadirkan anugerah itu utk kami berdua, insyaallah..;) Aku percaya takdir Allah bukan sia-sia. 

...BuRgEr KiNg...

Burger King oh Burger King.. Al kisahnya ari Selasa lepas (2 Julai 2013) kami laki bini p la mkn BK ni. Aku lah yg gatal p merengek kat En. B sbb x pernah BK seumur hidup aku 27 thn ni.hihihi.. (alahai kesian bini dia ni kan)... Bukan apa, masa kecik2 dulu duk kat kg, org miskin plak tu, mana la nk merasa mkn makanan cmtu, KFC pun kalo dpt skali stahun pun dh ckp baik. Time blajar plak, duit elaun cukup2 jer. Nak buang duit mkn beger rege rm10 sbijik mmg x sggup kot. Kalo mkn kat kantin tu bleh tahan 3 hari.

Ok back to our story, after school time En. B fetch aku kat sek n directly p BK yg dkt sek aku tu. En. B order set baru
En. B punyer. Dia add on Spicy Drummet.

Ni aku pinya, aku ambik Spicy Chick n Crisp

Aku plak mkn set biase jer. All together RM 22.++. Bleh tahan jgk la regenye. Tapi kalo mkn McD time dinner lagi mjurah kot. But, mahu try punya pasal, its ok la. First impression aku bila tgk mkanan yg kitorg order tu, jujur aku nampak cm x sedap sgt pun. Bila dh msk mulut. emmmmm, xda la sehebat berger McD. French fries pun x sedap sgt, masin. Air coke dia rasa pahit, cm letak panadol je rasanya. Set yg En. B punya pun sama. Xsedap. Agak kuciwa la jgk. ;(. Then, ckp kat En. B, "Ini mungkin first n last i mkn BK, after this, dah x nak ngidam BK lg dah"..huhuhu

Kesmpulannya, bg aku BK memang x sedap. Tapi xtau la org lain plak lain citarasanya kan..;)

Friday, June 28, 2013

SeNtap....

Kronik..memang kronik dh aku ni... Ada ke patut aku bleh sentap dgn citer dlm tv pasal pregnant... Aduh, mmg x masuk akal lngsung kn.. Tapi nak wat mcm mana, hakikat seorg ttc cm aku ni, makin di nanti, makin sensitif jd nya.

 Al kisahnya, td aku tgk la drama kegemaran aku kat tv3, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Citer tu dh nak smpai ending pun. Dlm slot td, si heroin tu dh pregnant after 3 month+++ nikah. Itupun baru sekali dua bersama. Aduh, sgt33 la mudah kan. Sedangkan realitinya hidup cm aku, sgt33 la x brapa nk mudah. Bersama beratus kalipun, belum lg dpt..;(

Dah la, aku ni emo je.. Al maklumlah, cik p dtg mlawat hari ni..Itu yg meroyan siket..;p
Harap2 adalah rezeki bulan Ramdhan utk kami nnt. Insyaallah..;)

Friday, June 7, 2013

~~~KrOnOlOgI cInTa kAMi~~~

Sajer jer nak kasi tau kat sini, nnt bila ada ank2 and diorg dh besar. Diorg akn tahu ceritera kisah cinta mak dan ayah dia. Walaupun tak sehebat Shah Jehan dan Mumtaz, tapi cukup bermakna buat kami berdua..;)

28 April 2010
Dia add aku kat FB (sbb tu kami suka lagu Cinta Muka Buku-Najwa Latif..hihihi)

8 Jun 2010
Our First Date
Tempat: KB Mall, KB.
Makanan: Chicken Chop
Pakaian: Dia (kemeja lengan pnjng warna biru+jeans+selipar biru= all blue ;p)
Aku (baju kurung kaler merah+hitam+tudung hitam+sandal hitam+beg hitam=all black.;p)

9 Jun 2010
"Declaration" of our relationship in silence (means xda specific sentences, just faham2 sendiri la.;p)

2nd Ramadhan (Tahun yg sama, aku lupa tarikh..hihihi)
Dia dtg beraya kat uamh aku, jumpa my mum and siblings. Dgn ayah aku x jumpa, sbb aku tkt nk knl dia dgn ayah (ayah garang sikit.;p). Sebenanrnya, itulah kali pertama lelaki secara personal dgn rumah aku jumpa family. B4 ni ada, tp kwn masa sek, diorg dtg reramai.

5 Syawal
Dia bw aku jumpa parents dia kat umah dia. Nervous giler aku wei.. First time p jumpa org tua lelaki. Alhamdulillah, parents dia ok. Mak dia awal2 lg dh bahasa diri "Mek", lg la aku serba salah.

7 Syawal
Kitaorang date kejap, tu pun pergi pekan Machang jer.
On the way tu,
Dia: Buka dashboard tu jap.

(Aku terpinga2, apasal lak mamat ni suruh aku buka dashboard dia)

Aku: Nak buat apa?? (Sambil buka)

Dia: Cari benda yang paling mahal dalam tu.

(Apa benda yang mahal sgt dalam dashboard dia ni? Dah la bersepah, mcm mana aku nak cari ni.)

Aku: Yang ni ker? (sambil tunjuk kotak broadband)

Dia: Benda tu nak buat apa.... Cari lg. (dah mcm cari harta karun dh aku rasa)

Then, aku terpegang kotak cincin.......

Aku: Yang ni ker?

Dia: Pandai pun, cuba pakai kat jari manis tu, ok x? Kalo longgar kita pegi potong sikit.

Aku jd cm org bodoh, ikt jer apa dia cakap. Tak kata pape pun.

Aku: Longgar

Dia: Ok, kita pegi potong

Dah lepas potong cincin tu, match dgn jari aku, dia suruh aku pakai jgn tanggalkan.

Aku: Knapa ko bg aku cincin ni? Nak buat apa?

Dia: Tu sbg tanda dr aku. Dah aku nk pegi pinang ko x nak, jd cincin tu aku bg untuk tanda ko la.

Aku terkedu, rasa cm mimpi jer semua ni..;p

12 November 2010 (Jumaat)
Family dia dtg ke rumah aku buat kali pertama, untuk bkenalan a.k.a berbincang tentang kami bdua (actly diorg dh lama kenal satu sama lain, sbb rumah kitorg ni dlm kawasan yg sama, dlm 10 min jer. Kitaorg jer yg x knl dgn parents msg2 sblm ni.  Tapi kali ni dtg dgn lebih beradab la org kata. 

Bincang punya bincang, tup2 diorg tetapkan tarikh nikah terus, sbb aku x nak btunang. Mak aihhh.. x ke tkejut badak aku dibuatnya, aku igtkan diorg nk kenal2 jer, rupanya dh tetap hari. Gelabahnya. Majlis tunang digantikan dgn akad nikah, lebih halalkan? dan tarikhnya 4 Feb 2011. 

4 Feb 2011 (Jumaat)
Tarikh keramat. Kami berdua di satukan dalam majlis yg simple dihadiri oleh keluarga terdekat (ala2 majlis tertutup gitu). Syukur yang x terhingga, Alahamdulillah. Dan pada hari tulah kami bergambar berdua. B4 ni mmg x pernah bgambar bsama, bersentuhan apatah lagi la. Dats y la kalo aku tgk gmbr nikah kami, aku rasa ada satu perasaan yg cukup2 indah, msh lg trasa feeling time mula2 bersentuhan dgn suami lebih tepat lagi, first time bersentuhan dgn berpegangan tangan dgn lelaki. Alangkah nikmatnya kerana itu adalah hala utk aku.


4 Jun 2011
Majlis Persandingan kami di rumah aku. Kenapa lewat buat majlis? Ni sbb lepas akad nikah, aku kene posting kat Melaka, hubby plak keje kat Kedah. Satu lg, nak guna duit sendiri utk majlis, x nak guna duit parents. So, aku kene keje la dulu. Then, majlis tu guna duit first gaji+tunggakan 3 bulan. Alhamdulillah, cukup la tu, walaupun x grand, tp puas hati..;)

Haa..tu la kisah cinta kami, dalam masa 1 tahun..;)
Moga ikatan ini berkekalan hingga syurga , Insyaallah..;)


Tuesday, June 4, 2013

....KErAnA ANak....

Hari ni seharian aku terfikirkan tentang ANAK. Entah kenapa itu yg aku fikirkan. Sayu bila mengenangkan nasib diri yang masih belum dikurniakan cahaya setelah lebih 2 tahun mdirikan rumahtangga. Sayu bila terfikirkan kawan2 sedang bahagia menimang, bermain dan memeluk zuriat sendiri. Sedangkan diri ini masih begini, hanya mampu membayangkan, hanya mampu bermimpi. Entah bila akan jadi pasti, aku sendiri pun tidak tahu. Ya, aku tidak sepatutnya membayangkan tentang mereka, tapi tidak mampu untuk menepisnya dari minda ku. Sehingga hari ini, sudah beberapa bulan aku tidak menjenguk FB. Kenapa? Kerana aku cukup "sakit" bila melihat gambar kwn2 bersama zuriat mereka ataupun dengan gembira mengepos status tentang kehamilan. Aku akui, itu hak mereka utk berbuat demikian, dan mereka tidak bersalah pun. Tapi aku juga perlu akui bahawa aku CEMBURU. Dan hanya dengan tidak mjenguk FB shja cara utk aku hapuskan rasa cemburu di hati, kerana itu lebih baik. Aku tidak mahu cemburu dan iri hati menguasai diriku, kerana itu akan mjadikan aku seorng manusia yang akan menyalahkan takdir Allah ke ats diriku. Nau'zubillah hi minzalik. 

Sejujurnya, lately aku agak renggang dengan Allah. Aku rasa kecewa krn Allah belum makbulkan doaku untuk mempunyai zuriat sendiri. Aku patuhi hukum Allah, aku solat, aku mbaca Al-Quran, aku menutup aurat sptmana yg disyariatkan... tapi kenapa Allah masih belum sampaikan hajatku? Aku tgk org yg tidak solat, tidak tutup aurat semua tu senang je mngandung, senang je dpt anak. Sebelum bkahwin, kami suami isteri amat mjaga hubungan kami agar tidak tcemar dgn maksiat krn takut murka Allah dkm rumahtngga kami nnt, tapi Allah tidak bagi pun zuriat utk kami. Sedangkan hamba2nya lain gembira melakukan pkara dilarang sebelum bkahwin, bila bkahwin senang je dapat anak. Terkadang aku terfikir, jahat sgtkah aku ni pada pkiraan Allah??? Aku jadi hilang arah, hilang pegangan. Aku tak tahu nak cerita kat siapa benda ni. Nak cerita kat En. B, mungkin dia tak faham.

Lama aku bfikir sendirian, kenapa aku jadi macam ni? Ke mana diri aku yang dulu? Yang semakin dekat dgn Allah bila diuji? Ke mana? Ke mana? Ya aku telah "tersesat" kerana ANAK. Kerana anak aku lupa bahawa Allah lebih bkuasa menetukan soal rezeki seseorang. Kerana anak aku lupa dugaan Allah itu merupakan tanda kasih sayang Dia padaku. Kerana anak aku lupa untuk terus berdoa kepadaNYA. Kerana anak aku buta untuk melihat dan lupa untuk bersyukur pada nikmat Allah yang lain yang melimpah ruah dalam hidupku, sehingga tidak terhitung banyaknya. Ya, semua kerana ANAK. Telah merubah hidupku menjadi seorang yang jahil, begitu jahil lagi bodoh.

Ya Allah, ampunilah dosaku kerana kelalaianku, kebodohanku, kejahilanku. Berilah aku cahaya petunjuk dan hidayahMu, agar aku kembali kepangkuan, kembali menangis di"ribaan"Mu, seprtimana suatu ketika dulu. Ampuniku Ya Allah.



Sunday, June 2, 2013

....DaTanG JUgA akHiRnYA....

Hari ni Miss P dah dtg melawat aku setelah lewat 6 hari dr tarikh yg sepatutnya. Seperti ayng aku ceritakan dlm entri lepas, aku dh UPT test, tapi NEGATIVE dan aku msh berfikiran positif yang result tu akn btukar positive. Tapi hari ni segalanya telah terjawab..;)

Pg td bgn je tido rasa x sedap perut, nk buang air besar, tp angin je yang keluar. Berkali2 aku ke toilet. Dalam pada tu, aku bdoa dlm hati, jgn la ada darah yang keluar. (paham2 la kan). Selang sejam, aku rasa sgt2 nk mbuang. Buka je panty, Ya Allah… darah. Terkedu jap… then, reset minda balik.. takpe lah, mungkin bukan rezeki kami bulan ni. ;) . Bgtau kat En. B dah period, dia, “Takpe lah syg, xda rezeki.” Tapi sebenarnya aku tahu dia kecewa sbb b4 ni dia mmg berfikiran positif yg aku ni pregnant. Siap mngusik2 aku lg. walaupun dia x show off yg dia sedih, tp sbg isteri aku faham perasan dia yg ingin bergelar bapa dan mendakap anak sendiri. Aku jd bertambah sayu.


Aku berlagak spt biasa, spt xda apa yg berlaku. Tapi sebenarnya dalam hati Allah je yang tahu, ada rasa kecewa krn masih belum diberi peluang untuk pregnant. Sesekali terlintas, kenapa Allah “main2kan” aku bulan ni??? Astaghfirullah, sampai ke situ aku fikir. Aku akui sebagai manusia biasa, aku tidak mampu utk menolak takdir, menolak qada’ dan qadar Allah. Jika di tempat kerja pun, aku tidak mampu untuk engkar keputusan Boss yang hanya manusia biasa, mana mungkin dalam kehidupan ini aku mampu engkar takdir Allah yang Maha Berkuasa? Aku pujuk hati supaya bersabar dan redha, ujian Allah ini amat sedikit jika di bandingkan dengan nikmat Allah yg mnggunung untuk kami suami isteri. Insyaallah, akan tiba rezeki untuk kami bulan depan.;)



Saturday, June 1, 2013

Period delay 6 hari…….Tapi UPT negative..;(


Urmmm… dilemma nih.. memang pun…;p

Al-kisahnya, hari ni dah 6 hari period aku lewat dr tarikh yg sepatutnya. Due nya 27/5. Tapi hari ni dah 1/6. Memang tak pernah berlaku sebelum ni kecuali time aku first time pregnant dulu. Itupun 2 tahun lepas. Lepas tu tetap je 25-27 hari setiap bulan. Macam2 aku fikir, aku ni pregnant ke? Ke period lambat sebab berat ptambahan berat badan aku? Ke aku sakit? Arghhhh… mcm2 msuk dlm kepala otak aku ni.

2 hari sblum due period aritu aku demam+ selsema. Tapi xdalah teruk sgt. Berlarutan la smpai semalam. Hari ni datang batuk plak. En. B suspect aku pregnant, tp aku x berani nak bagi harapan kat dia, sbb aku takut dia kecewa. Biarlah aku sorang je yang kecewa sekiranya aku x pregnant. So, aku cakap je la kat dia, mungkin sbb ptambahan berat badan aku kot. (tapi dlm hati hanya Allah je yang tahu betapa aku bharap yg aku ni +ve pregnant).

Pagi td, aku mintak izin dgn En. B untk pegi bank in duit, tp main purpose aku nk ke Guardian Tesco utk beli UPT. Aku beli yang cap Guardian je, yg paling murah, tkt mbazr kalo beli yang mahal. Balik rumah, aku terus test, tapi NEGATIVE. Keluar je dr toilet, En. B terus tanya, mcm mana result???? Aaaa???????? Mcm mana dia tahu aku test UPT? Sdgkan aku x bgtau pun akt dia yang aku pergi beli benda alah tu. (Mungkin instinct seorg suami). Aku cakap je la, negative. Then, dia cakap mungkin awal lagi kot, sbb tu xleh detect. Entahlah, aku sebenanrnya takut untuk berharap. Aku takut aku sendiri yang kecewa, menangis lagi. Aku kesian kt En. B, tkt dia bharap.


Apa yg dpt aku buat sekarang ni, just bdoa pd Allah, moga apa yang kami harapkan menjadi kenyataan. Insyaallah, positifkan minda minggu depan mst UPT positif. :) 


Thursday, May 23, 2013

Happy Mother’s Day dan Happy Birthday..:)


Nak citer yang mana  satu dulu ni???.. hehehe. Citer pasal Hari Ibu dulu lah. Hurmm..SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu2 di luar sana, dan teristimewa untuk ibu dan ibu mentua yg tsayang. Terima kasih kerana melahirkan anakmu ini, dan terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu aku balas sehingga akhir hayatku.

Sejujur2nya seumur hidup aku, aku TIDAK pernah menyambut hari ibu bersama ibuku. Hanya sekadar ucapan dari kejauhan. Kenapa terjadi sedemikian????????? Jawapannya hanya satu, kerana ianya bukan kebiasaan dalam keluarga kami. Terasa begitu janggal, dan aku sendiri tidak tahu bagaimana harus membudayakannya dalam keluarga aku. Aku sebenarnya teringin untuk untuk menyambutnya sepertimana insan lain menyambutnya dan aku juga ingin memberikan perasaan indah diraikan oleh anak2 kepada ibuku. Aku harap, aku masih berpeluang untuk melakukannya bila aku balik kg nnt. Ya Allah, kurniakanlah aku kesemaptan untuk meraikannya bersama ibuku..;)

Untuk rakan2 yg telah bergelar ibu, tahniah aku ucapkan. Dan berbahagialah kalian memegang title “ibu” sedangkan aku masih lagi memburu title tersebut. Entah bila akan menjadi milikku. Mungkinkah pada tahun hadapan? Aku sendiri tidak pasti kerana semuanya di tangan Yang Esa. Aku hanya mampu berharap dan berdoa.



Keduanya, SELAMAT HARI LAHIR KE-27 untuk diriku.:) Sweet 27 gitu..hihihi.. Tahun ni takde hadiah material dari Encik B, takde kad ucapan, takde celebration. Hanya ucapan ikhlas dari bibirnya. Tidak mengapalah itupun sudah mencukupi dan aku amat bersyukur dia masih mengingati hari itu.;).. dan dia juga bukan sengaja untuk tidak mhadiahkan aku sesuatu, tetapi kekangan “fulus” dan aku amat memahaminya. Hadiah material bukanlah segalanya, yang penting hidup kami suami isteri aman dan bahagia walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata selama lebih dua tahun berkahwin. Menyentuh bab anak ni, hati aku tersentuh sikitlah, sbb tahun ni umur aku dah mningkat, rakan sebaya aku ada yg dh beranak dua dah. Tapi aku? Dulu masa tahun pertama kahwin, wish bila dh tahun kdua nak smbut besday dgn anak. Tp bila tiba masanya masih lgi bdua, then forward lagi untuk tahun seterusnya. Pun sama jgk nasibnya, masih bdua. Kali ni pun sama jgk, dh tahun ke 3 masih lg berdua… nasib la badan. Tahun depan???? Entahlah labu.


Tapi takpelah, yg penting kesihatan aku ditahap yang baik. Xda lah sakit sana-sini. Alhamdulillah. Kalau ada anak2 ramai pun, xda kesihatan yang baik pun xda aguna jugak kan.  Terpaksalah aku ajari diri untuk positif, walaupun UPT aku tidak pernah positif. Hahahhha.




Sunday, May 5, 2013

WaItInG FoR My PrEmIuM beAUtiFul..:) ~~ 5 May 2013

Premium Beautiful ni dah lama aku order. Kalo x silap bulan 2 aritu kot, tp disebabkan kesilapan teknikal, esok br aku dapat bnda alah tu, insyaallah. Lama giler tunggu. Orang lain order 3 hari je terus dapat. huhuhu.. Tapi xpe la, yg pnting dapat..

Macam mana aku boleh terjebak beli PB nih?????.. Alkisahnyer,  lepas kawen berat badan aku naik dengan jayanya, especially since aku tggl sbumbung dgn laki aku tahun lepas. Sebelum kawen berat aku 55 kg jer, ngam la dgn tinggi aku, tp after 2 years of marriage its turn tu 65 kg. Hah x tkejut kau naik 10 kg. Baju lama byk yg x muat, kalo muat pn, rasa x selesa bila pakai. then, mula la aku menggelabah x tentu hala. Encik suami tak pernah komplen pn, tp ada la tegur2 sikit katanya aku dh berisi sekarang ni. aku senyum. Tapi dalam hati, aku duk fikir cara nk kurus.

En B suruh aku diet, makan nasi skali jer shari, pastu mkn kurma je kalo lapar. Waaaa.. mana aku mampu nak buat semua tu. then, aku suggest kat dia, nk ambik any kind of slimming product. Giler2 dia x bagi, katanya biar la gemuk pn, asal jgn bahayakan kesihatan dgn ambik benda2 cmtu. Dia mmg x pcaya dgn slimming product ni. So, mati kat situ je la kisah slimming prodcut tu.

Satu hari tu, aku pergi umah sewa lama aku, lepak dgn diorg. Aku tgk kawan aku Yani guna PB. Aku pn apalagi bersoal siasat la dgn dia pasal PB tu, since aku dh lama interested nk guna, tp sebab mahal sgt2, aku pendam kan ajer la. Si Yani ni cakap, dia beli PB ni ansuran je. RM 100 sbulan. Kalo nk bayar lebih pun xpe, cepat sikit habis. Hmm.. lagi cerahla harapan ak nak guna benda alah ni. Tanpa lengah2 aku terus suruh Yani order dgn kawan kitorg yg duk kat penang tu, since En B pnh cakap, kalo pakai corset xpe xda masalah pd dia. Lagi satu b4 ni aku pun pnh buat research ttg PB ni, aku baca testimoni pengguna, mmg bagus utk kuruskan badan. Besides, ada jgk TTC yg bjaya preggy bila PB ni. Tapi pape2 itu soal rezeki dr Allah. Kalo ada rezeki itu utk kami Alhamdulillah. Kalo xda pun, Alhamdulillah. Sekurang2 badan aku dapat kurus dan sihat..;)

Kat sini aku nak tampal gmbr PB and some benefits dia..;)


Thursday, April 4, 2013

Edisi Memujuk Hati..:)


Perasaan aku sendiri, mmg tak tau mcm mana. Yang pasti perasaan cemburu tu tetap ada. Al kisahnya, time rehat tadi, aku duk mkn kat staff room. Pastu ada le dua org kakak ni duk bcakap yg saff sorg lg yg baru kawen awl bulan 3 aritu dh rasa mual2.tapi belum sure lagi katanya… Dummmmm…ak yg tdengar dari jauh (xde la jauh sgt pun, selang 3 kerusi jer..hihihi) ni rasa cam dihempap batu. Entah kenapa aku boleh rasa cmtu, sepatutnya aku gembira untuk dia. Mungkin rasa itu terbit kerana aku masih belum mengandung sehingga ke hari ini walaupun sudah lebih 2 tahun berkahwain, sedangkan dia baru sebulan berkahwin dh pregnant. Ya, aku akui aku sgt terkesan dgn berita itu.

Jauh di sudut hati, aku pujuk hati cepat2, xnk cemburu kat org, takpe la, itu rezeki dia. Rezeki dia datang dulu, mungkin lepas ni rezeki aku pulak. Aku cuba berlapang dada, menerima semua ini. Sepertimana kata-kata dari Dr. Muhaya “jika ada situasi yang kita tak suka, jgn pandang situasi tersebut, tapi pandanglah PEMBERI situasi itu”. Dan aku cuba untuk memandang si pemberi situasi itu pada aku. Tiada satu pun yang Allah jadikan itu sia2, kerana Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Ada hikmah disebalik semua ni dan Allah bersama orang2 yang sabar.

Aku pujuk hati untuk bersyukur dalam setiap situasi, walaupun aku masih belum pregnant, tapi Allah rezekikan aku seorang suami yang amat baik dan memahami aku. Sekurang2nya dia tidak pernah merungut, malah setia menghibur hati aku tatkala menangis kerana masih belum berzuriat seperti orang lain. Bukankah itu juga rezeki dari Allah?. Selain itu, Allah juga kurniakan aku kitaran haid yang normal tetap 25 hari, tak ada senggugut yang teruk spt kebanyakkan wanita lain alami. Bukankah itu juga rezeki?. Setiap kali haid datang, semua darah kotor dalam badan akan keluar bersama dan menjadikan badan kita sihat. Bukankah itu juga rezeki?. Jadi nasihat aku untuk diri sendiri, belajar bersyukur dan pandanglah segala yang berlaku adalah semuanya rezeki dari Allah. Jika ianya dtg dlm bentuk ujian, anggaplah itu rezeki pahala dari Allah untuk kita jika bersabar. Mcm hari ini, pg td aku rasa sedih dgn berita tu, tp pd sebelah ptgnya aku gembira krn geran rumah kami sudah pn sampai ke tangan  kami. Alhamdulillah, segalanya rezeki..;)

Tuesday, January 22, 2013

After 4 days delay....

Actually Cik P ak lewat 4 hari dr tarikh yg sepatutnya. Cam biasalah, ak x tau nak rasa mcm mana sbb ak takt nak berharap, sgt takut. Dan seperti yg disangkakan bulan ni bukan rezeki utk kami lg, Cik P d dtg ptg td. Sedih jgk sbnrnya, lg sedih bila nmpak hubby cm frust je, wlpun mulutnya x ckp pape pn..:(

Ak sbnrnya xda la sedih sgt bila tgk Cik P td, tp ak sedih bila harapan suami ak tidak kesampaian. Dia berharap kami dikurniakan zuriat dari Allah setelah hampir 2 tahun mendirikan rumahtangga. Aku juga begitu, malah ak berharap semoga akan datang berita gembira buat kami sempena ulangtahun perkahwinan kami Februari nanti, tp Allah merancang yg lebih baik untuk kami. tidak mengapalah mungkin Allah simpan permintaan kami untuk berikan yang terbaik buat kami depan hari. Mungkin ada berita gembira dalam bentuk lain sempena anniversary kami nanti, insyaallah.