Hari ni seharian aku terfikirkan tentang ANAK. Entah kenapa itu yg aku fikirkan. Sayu bila mengenangkan nasib diri yang masih belum dikurniakan cahaya setelah lebih 2 tahun mdirikan rumahtangga. Sayu bila terfikirkan kawan2 sedang bahagia menimang, bermain dan memeluk zuriat sendiri. Sedangkan diri ini masih begini, hanya mampu membayangkan, hanya mampu bermimpi. Entah bila akan jadi pasti, aku sendiri pun tidak tahu. Ya, aku tidak sepatutnya membayangkan tentang mereka, tapi tidak mampu untuk menepisnya dari minda ku. Sehingga hari ini, sudah beberapa bulan aku tidak menjenguk FB. Kenapa? Kerana aku cukup "sakit" bila melihat gambar kwn2 bersama zuriat mereka ataupun dengan gembira mengepos status tentang kehamilan. Aku akui, itu hak mereka utk berbuat demikian, dan mereka tidak bersalah pun. Tapi aku juga perlu akui bahawa aku CEMBURU. Dan hanya dengan tidak mjenguk FB shja cara utk aku hapuskan rasa cemburu di hati, kerana itu lebih baik. Aku tidak mahu cemburu dan iri hati menguasai diriku, kerana itu akan mjadikan aku seorng manusia yang akan menyalahkan takdir Allah ke ats diriku. Nau'zubillah hi minzalik.
Sejujurnya, lately aku agak renggang dengan Allah. Aku rasa kecewa krn Allah belum makbulkan doaku untuk mempunyai zuriat sendiri. Aku patuhi hukum Allah, aku solat, aku mbaca Al-Quran, aku menutup aurat sptmana yg disyariatkan... tapi kenapa Allah masih belum sampaikan hajatku? Aku tgk org yg tidak solat, tidak tutup aurat semua tu senang je mngandung, senang je dpt anak. Sebelum bkahwin, kami suami isteri amat mjaga hubungan kami agar tidak tcemar dgn maksiat krn takut murka Allah dkm rumahtngga kami nnt, tapi Allah tidak bagi pun zuriat utk kami. Sedangkan hamba2nya lain gembira melakukan pkara dilarang sebelum bkahwin, bila bkahwin senang je dapat anak. Terkadang aku terfikir, jahat sgtkah aku ni pada pkiraan Allah??? Aku jadi hilang arah, hilang pegangan. Aku tak tahu nak cerita kat siapa benda ni. Nak cerita kat En. B, mungkin dia tak faham.
Lama aku bfikir sendirian, kenapa aku jadi macam ni? Ke mana diri aku yang dulu? Yang semakin dekat dgn Allah bila diuji? Ke mana? Ke mana? Ya aku telah "tersesat" kerana ANAK. Kerana anak aku lupa bahawa Allah lebih bkuasa menetukan soal rezeki seseorang. Kerana anak aku lupa dugaan Allah itu merupakan tanda kasih sayang Dia padaku. Kerana anak aku lupa untuk terus berdoa kepadaNYA. Kerana anak aku buta untuk melihat dan lupa untuk bersyukur pada nikmat Allah yang lain yang melimpah ruah dalam hidupku, sehingga tidak terhitung banyaknya. Ya, semua kerana ANAK. Telah merubah hidupku menjadi seorang yang jahil, begitu jahil lagi bodoh.
Ya Allah, ampunilah dosaku kerana kelalaianku, kebodohanku, kejahilanku. Berilah aku cahaya petunjuk dan hidayahMu, agar aku kembali kepangkuan, kembali menangis di"ribaan"Mu, seprtimana suatu ketika dulu. Ampuniku Ya Allah.
No comments:
Post a Comment