Wednesday, November 23, 2011

New Life As A Full time H.O.U.S.E.W.I.F.E begin..;)


FULL TIME HOUSEWIFE....opsss..bukan utk selama-lamanya..but for 6 weeks onwords only maaa..huhu..today is my second day as a housewife. still blur, dun kno wat to do when my hubby went out for work..my mind keep on thinking about the menu for our dinner tonight..;)..since im not really expert at the kitchen, the limited goods make me lost of idea on wat to do lollllll...;(..but its ok..mr.google always can help me..;).."mr.google, please help to looking for simple menu which is siakap, potato and tauhu based"..boleh ek gitu?..hehhehe..

Friday, September 30, 2011

TERBAIK dari Si Dia...;)

"Apa yang Allah berikan adalah yang terbaik, hanya kita tak memahami hikmat disebalik sesuatu kejadian atau peristiwa."

Subhanallah, aku sungguh terkesan dgn sepotong ayat ni..memang benar, sbg manusia, seringkali kita tersalah mentafsir takdir yang diberikan oleh Allah kepada kita. kita selalu menggangap takdir kita sekarang ini sebenarnya bukan untuk kita dan kita berhak mendapat yang lebih baik.. astaghfirullah...sebegitu ceteknya iman kita tatkala diuji dengan sedikit ujian dari Allah. Sedarlah wahai diri, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita, kerana Allah Maha Bijaksana dan sebaik2 perancang. Bukalah sedikit ruang dalam hati kita untuk memahami hakikat setiap kejadian yang menimpa diri, suka, duka, sedih, gembira semuanya sudah tertulis hikmah disebaliknya.

Monday, September 19, 2011

Andai itu yang terbaik dariMU...

wah..wah..tajuk entry aku ni semacam je ek?...Apa sangat la yg jd hangat tu....bln ni Mrs.P dtg lwt sikit, dlm 6 hari gitu la...aku dh rasa excited la sikit, sbb aku mmg hope ada rezeki la utk ak kali ni, tp UPT aku dh buat 2x -ve..takpe2, mngkin Hcg blm ckp kuat kot utk di detect (wah, betapa positif nyer aku)...huhuhu..shari lps 2nd UPT test, Mrs. P pun memunculkan diri..huhhh..xtau apa nk rasa, ada jgk riak kecewa dlm hati aku sbenanrnya, tp aku cepat2 pujuk hati aku supaya bersyukur, skurang2nya Mrs. P masih sudi utk menjenguk aku pada bulan ni, itu menandakan aku masih NORMAL ya kwn2..;)..sepatutnya sgunung syukur aku panjatkan pada Allah, krn menganugerahkan kehadiran Mrs. P pada aku, bbanding insan lain yg berbulan2 menunggu Mrs. P..;)

Lately bila aku buka jer fb, mst tbaca status kwn2 pasal bby diorg..tak kurang jgk, yg dpt berita gembira after raya ni..wah, aku pun tak tau knapa hati aku tiba2 jer jd sayu, sedih bila dpt tau kwn2 ak ramai yg dh pregnant, even yg kwin lewat dr aku pun dh pregnant...b4 ni aku mmg x kisah pasal pregnant, aku bleh trima sbb tu rezeki diorg..tp skg ni rasa sedih tu mjadi2 plak...Ya Allah, aku berlindung dari perasaan yng tidak sepatutnya aku miliki, ampuni aku Ya Allah, krn gagal mengawal emosi, dan kdgkala menyalahkan takdirMu.. Ya Allah, andai ini yng terbaik utkku pada waktu dan ketika ini, jadikanlah aku hambaMu yang redha dgn segalanya...Ya Allah, andai ini dugaanMu atas segala dosa2ku, alangkah beruntungnya aku Ya Allah kerana telah disedarkan dari lalar yang panjang....ampuni aku Ya Allah..

tapi tu la, sifat manusia kan...aku sndiri pn awl2, xleh trima jgk, sbb lately mmg aku rasa teringin sgt nk ada bby..setiap kali aku tgk bby kat mana2, msh aku bdoa agar suatu hari nnt aku pun akan bpeluang utk mpunyai zuriat sndiri...dan bila aku tgk org mngandung plak, hati aku berdetik berdoa pada Allah, mga aku diberikan peluang utk merasai nikmat mengandung seperti wanita yang lain...Ya Allah, Kurniakan aku peluang untuk bergelar seorng IBU..hanya padaMU tempat aku memohan dan meminta, hanya Engkau yg Maha mengurniakan..moga aku semua ini menjadikan aku insan yang penyabar..;)

Tuesday, August 16, 2011

DIA lebih mnegetahui...

sedih?kecewa?bimbang?..hurmm..semua mjadi teman rapat aku hari ini..apa yang aku harapkan belum lagi ditakdirkan menjadi milik aku. Sekali lagi aku sedih, tapi cepat2 aku usir kesedihan dari membelenggu hati aku, agar tidak menganggu ketenteraman hidup aku..huhuhu...Aku ni sbnrnya mmg pakar kalo bab memujuk hati sendiri. al maklum la, sepanjang pjalanan hidup aku ni, bkn sedikit dugaan yang menimpa mahu, tidak mahu aku terpaksa hadapi dengan tabah, terpaksa memujuk hati aku yang sekeping ni.hihihi...hari ini pn sama, aku pujuk hati aku,agar tidak bersedih lagi, jauh sekali menyalahkan takdir atas apa yang menimpa diri aku...memang, jujur aku katakan, hati mana yang tidak terusik bila melihat anugerah kurnia Allah buat insan lain, alangkah gembiranya jika aku juga dapat merasainya.. Namun, takdir Allah mengatasi angan2ku, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku pada dan saat ini..

"wahai hati, redhalah dengan apa yang telah ditakdirkan, bukan Allah tidak tahu kehendak nalurimu, bukan Allah zalim kerana tidak memakbulkan doamu, bukan Allah tidak sayang padamu, dan bukan juga kerana Allah tidak sayang padamu, tetapi Allah terlebih dahulu merancang yang lebih baik untukmu di masa hadapan. ayuh, bangkitlah wahai hati, jgn bersedih lagi, masih byk ruang dan peluang utk merasa bahagia selagi Allah mengizinkan.Allah sbnrnya terlalu rindukan tangisan rayuanmu yang amat jarang sekali kedengaran sbb itulah semua ini ditakdirkan utk mu. justeru, ambil lah peluang ini, utk terus merayu, merintih dan meminta kepadaNya, mudah-mudahan ia menjadikanmu lebih dkt dgn Nya. "....

Teringat aku pada kata2 pengacara MHI, Wardina Safiyyah yang pnh berkata, "apabila ditimpa musibah dan kesusahan, jgnlah sesekali berkata.."kenapa aku yang diuji?kenapa bukan org lain?"..tetapi berkatalah, Ya Allah, betapa aku bersyukur diuji oleh Mu, dan aku amat tidak sabar untuk melihat hikmah yang Engkau janjikan di sebalik setiap ujian yang menimpa hambaMu"....

semoga kita sama-sama terus bersabar menghadapi ujian Allah..insyaallah..;)