Thursday, May 23, 2013

Happy Mother’s Day dan Happy Birthday..:)


Nak citer yang mana  satu dulu ni???.. hehehe. Citer pasal Hari Ibu dulu lah. Hurmm..SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu2 di luar sana, dan teristimewa untuk ibu dan ibu mentua yg tsayang. Terima kasih kerana melahirkan anakmu ini, dan terima kasih kerana menerima diri ini sebagai menantu. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu aku balas sehingga akhir hayatku.

Sejujur2nya seumur hidup aku, aku TIDAK pernah menyambut hari ibu bersama ibuku. Hanya sekadar ucapan dari kejauhan. Kenapa terjadi sedemikian????????? Jawapannya hanya satu, kerana ianya bukan kebiasaan dalam keluarga kami. Terasa begitu janggal, dan aku sendiri tidak tahu bagaimana harus membudayakannya dalam keluarga aku. Aku sebenarnya teringin untuk untuk menyambutnya sepertimana insan lain menyambutnya dan aku juga ingin memberikan perasaan indah diraikan oleh anak2 kepada ibuku. Aku harap, aku masih berpeluang untuk melakukannya bila aku balik kg nnt. Ya Allah, kurniakanlah aku kesemaptan untuk meraikannya bersama ibuku..;)

Untuk rakan2 yg telah bergelar ibu, tahniah aku ucapkan. Dan berbahagialah kalian memegang title “ibu” sedangkan aku masih lagi memburu title tersebut. Entah bila akan menjadi milikku. Mungkinkah pada tahun hadapan? Aku sendiri tidak pasti kerana semuanya di tangan Yang Esa. Aku hanya mampu berharap dan berdoa.



Keduanya, SELAMAT HARI LAHIR KE-27 untuk diriku.:) Sweet 27 gitu..hihihi.. Tahun ni takde hadiah material dari Encik B, takde kad ucapan, takde celebration. Hanya ucapan ikhlas dari bibirnya. Tidak mengapalah itupun sudah mencukupi dan aku amat bersyukur dia masih mengingati hari itu.;).. dan dia juga bukan sengaja untuk tidak mhadiahkan aku sesuatu, tetapi kekangan “fulus” dan aku amat memahaminya. Hadiah material bukanlah segalanya, yang penting hidup kami suami isteri aman dan bahagia walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata selama lebih dua tahun berkahwin. Menyentuh bab anak ni, hati aku tersentuh sikitlah, sbb tahun ni umur aku dah mningkat, rakan sebaya aku ada yg dh beranak dua dah. Tapi aku? Dulu masa tahun pertama kahwin, wish bila dh tahun kdua nak smbut besday dgn anak. Tp bila tiba masanya masih lgi bdua, then forward lagi untuk tahun seterusnya. Pun sama jgk nasibnya, masih bdua. Kali ni pun sama jgk, dh tahun ke 3 masih lg berdua… nasib la badan. Tahun depan???? Entahlah labu.


Tapi takpelah, yg penting kesihatan aku ditahap yang baik. Xda lah sakit sana-sini. Alhamdulillah. Kalau ada anak2 ramai pun, xda kesihatan yang baik pun xda aguna jugak kan.  Terpaksalah aku ajari diri untuk positif, walaupun UPT aku tidak pernah positif. Hahahhha.




No comments:

Post a Comment