Sebenarnya dr semalam lg aku nak share benda ni kat sini, tapi x bkesempatan. Badan penat, otak penat, perasaan pun penat jugak. Dari mana nak mula pun aku x tahu.
Alkisahnya, semalam after blik sekolah, aku lepak2 la dgn hubby kat depan tv, tiba2 hubby bgtau kawan dia Si Gemuk (tu pggln ktaorg kat dia) dah dpt bby. Glurpppppppppppp. Entah knapa aku terus rasa sebak, sedih dan semua bagai perasaan yg x best tu. Tp b4 tu, aku sempatlah ckp "Alhamdulillah", xtau la ikhlas ke x ucapan tu keluar dr mulut aku. ;(. Tambah plak kawan dia tu kawen stahun lbih selepas ktaorg kawen. Aku terus hilang mood nk lepak, fikiran aku dh terbang entah ke mana memikirkan nasib diri yg belum dikurniakan zuriat. Rasa iri hati dan cemburu mula mengusik tangkai hati. Ya Allah, ampuni aku.
Then, lepas je solat Asar, aku nangis semahu2nya. Meluahkan segala yang terbuku di hati kepada Ya Rabb, betapa sedihnya rasa hati ini, betapa teringinnya aku untuk menimang zuriat. Ya Allah, ampuni aku kerana memiliki perasaan iri terhadap berita yg telah disampaikan oleh suamiku. Aku tidak mahu menyimpan perasaan itu, aku mahu ikhlas dlm menerimanya dan redha dgn ketentuanMu. Aku hanya insan biasa Ya Allah, yang kadangkala terguris dan terhiris hatinya. Bukan aku dengki, cemburu dengan mereka, tapi aku tidak dpt membendung rasa sedih di hati mengenang nasib diri sendiri. Tambah lagi, aku x mahu suami aku bersedih. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapinya, untuk terus tabah dan tersenyum.
Aku tahu semua ini akan mematangkan aku dan menjadikan aku hamba yang lebih dekat dgnMu Ya Allah.
p/s: Entri ni caca merba sikit, emosi kurang stabil..;(
No comments:
Post a Comment