Friday, June 7, 2013

~~~KrOnOlOgI cInTa kAMi~~~

Sajer jer nak kasi tau kat sini, nnt bila ada ank2 and diorg dh besar. Diorg akn tahu ceritera kisah cinta mak dan ayah dia. Walaupun tak sehebat Shah Jehan dan Mumtaz, tapi cukup bermakna buat kami berdua..;)

28 April 2010
Dia add aku kat FB (sbb tu kami suka lagu Cinta Muka Buku-Najwa Latif..hihihi)

8 Jun 2010
Our First Date
Tempat: KB Mall, KB.
Makanan: Chicken Chop
Pakaian: Dia (kemeja lengan pnjng warna biru+jeans+selipar biru= all blue ;p)
Aku (baju kurung kaler merah+hitam+tudung hitam+sandal hitam+beg hitam=all black.;p)

9 Jun 2010
"Declaration" of our relationship in silence (means xda specific sentences, just faham2 sendiri la.;p)

2nd Ramadhan (Tahun yg sama, aku lupa tarikh..hihihi)
Dia dtg beraya kat uamh aku, jumpa my mum and siblings. Dgn ayah aku x jumpa, sbb aku tkt nk knl dia dgn ayah (ayah garang sikit.;p). Sebenanrnya, itulah kali pertama lelaki secara personal dgn rumah aku jumpa family. B4 ni ada, tp kwn masa sek, diorg dtg reramai.

5 Syawal
Dia bw aku jumpa parents dia kat umah dia. Nervous giler aku wei.. First time p jumpa org tua lelaki. Alhamdulillah, parents dia ok. Mak dia awal2 lg dh bahasa diri "Mek", lg la aku serba salah.

7 Syawal
Kitaorang date kejap, tu pun pergi pekan Machang jer.
On the way tu,
Dia: Buka dashboard tu jap.

(Aku terpinga2, apasal lak mamat ni suruh aku buka dashboard dia)

Aku: Nak buat apa?? (Sambil buka)

Dia: Cari benda yang paling mahal dalam tu.

(Apa benda yang mahal sgt dalam dashboard dia ni? Dah la bersepah, mcm mana aku nak cari ni.)

Aku: Yang ni ker? (sambil tunjuk kotak broadband)

Dia: Benda tu nak buat apa.... Cari lg. (dah mcm cari harta karun dh aku rasa)

Then, aku terpegang kotak cincin.......

Aku: Yang ni ker?

Dia: Pandai pun, cuba pakai kat jari manis tu, ok x? Kalo longgar kita pegi potong sikit.

Aku jd cm org bodoh, ikt jer apa dia cakap. Tak kata pape pun.

Aku: Longgar

Dia: Ok, kita pegi potong

Dah lepas potong cincin tu, match dgn jari aku, dia suruh aku pakai jgn tanggalkan.

Aku: Knapa ko bg aku cincin ni? Nak buat apa?

Dia: Tu sbg tanda dr aku. Dah aku nk pegi pinang ko x nak, jd cincin tu aku bg untuk tanda ko la.

Aku terkedu, rasa cm mimpi jer semua ni..;p

12 November 2010 (Jumaat)
Family dia dtg ke rumah aku buat kali pertama, untuk bkenalan a.k.a berbincang tentang kami bdua (actly diorg dh lama kenal satu sama lain, sbb rumah kitorg ni dlm kawasan yg sama, dlm 10 min jer. Kitaorg jer yg x knl dgn parents msg2 sblm ni.  Tapi kali ni dtg dgn lebih beradab la org kata. 

Bincang punya bincang, tup2 diorg tetapkan tarikh nikah terus, sbb aku x nak btunang. Mak aihhh.. x ke tkejut badak aku dibuatnya, aku igtkan diorg nk kenal2 jer, rupanya dh tetap hari. Gelabahnya. Majlis tunang digantikan dgn akad nikah, lebih halalkan? dan tarikhnya 4 Feb 2011. 

4 Feb 2011 (Jumaat)
Tarikh keramat. Kami berdua di satukan dalam majlis yg simple dihadiri oleh keluarga terdekat (ala2 majlis tertutup gitu). Syukur yang x terhingga, Alahamdulillah. Dan pada hari tulah kami bergambar berdua. B4 ni mmg x pernah bgambar bsama, bersentuhan apatah lagi la. Dats y la kalo aku tgk gmbr nikah kami, aku rasa ada satu perasaan yg cukup2 indah, msh lg trasa feeling time mula2 bersentuhan dgn suami lebih tepat lagi, first time bersentuhan dgn berpegangan tangan dgn lelaki. Alangkah nikmatnya kerana itu adalah hala utk aku.


4 Jun 2011
Majlis Persandingan kami di rumah aku. Kenapa lewat buat majlis? Ni sbb lepas akad nikah, aku kene posting kat Melaka, hubby plak keje kat Kedah. Satu lg, nak guna duit sendiri utk majlis, x nak guna duit parents. So, aku kene keje la dulu. Then, majlis tu guna duit first gaji+tunggakan 3 bulan. Alhamdulillah, cukup la tu, walaupun x grand, tp puas hati..;)

Haa..tu la kisah cinta kami, dalam masa 1 tahun..;)
Moga ikatan ini berkekalan hingga syurga , Insyaallah..;)


No comments:

Post a Comment