Tuesday, October 15, 2013

~InIlAh tAkDiR kAMi~

Bismillah...
First, nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha. Ni kali pertama aku sambut hari raya di tempat orang, jauh daripada mek and ayah. Sedih, tapi apa boleh buat, dah nasib mencari rezeki di tempat orang. Apa2pun, Alhamdulillah, aku masih ada suami yang setia di sisi. ;). Aku punya SIL pn ada dtg beraya kat sini, so meriah la sikit. Kawan aku si Yani tu pun ada dtg jgk. Terubat la rindu kat kg sikit..;(

Secondly, mlm ni hubby bertolak ke Puchong dgn SIL. Alhamdulillah, dia dpt kerja kat USJ 8, act as Lab Asst. Lama jgk dia menganggur, setahun lebih duk terperuk je kat rumah, aku kesian sgt kat dia masa tu. Sgt kesian, sampai xda kata aku nak luahkan perasaan aku ni. Setiap kali aku pandang mata dia, aku sayu, betapa besar pengorbanan dia untuk aku. Sanggup berhenti kerja demi aku, tak sanggup nak tgk aku sedih stp kali bjauhan dgn dia, jg kerana keselamatan aku kat sini sorang2. Sampai mati pun aku tetap igt pengorbanan dia. Bayangkan setahun lebih hidup tanpa GAJI, bg org perempuan mungkin itu bukan masalah, tapi bg seorang LELAKI yang sudah bermah tangga, itu amat membebankan fikiran. Sudah cukup utk membuatkan seseorg tu hilang sabar. Tapi hubby amat penyabar menempuh saat2 itu. Alhamdulillah. Berkali2 pergi itrview, hantar resume sana sini, tapi satu pun tak melekat kerja utk dia di Melaka ni. So, bila dh dpt dkt USJ, aku redha dan bersyukur. Walaupun terpaksa berjauhan, tapi itu lebih baik utk dia dan aku dari Allah. Apa2 pun, aku tetap bersyukur, walaupun aku sebenanrnya sedih kerana terpaksa berjauhan dari dia, dia pun sama. Menitiskan air mata tatkala meninggalkan aku tadi. Aduh, syahdunya. Jadi malam ni, bermula lah episod baru hidup aku, tidur sorg2, makan pun sorg2.. Hujung minggu barulah dapat tidur dgn hubby. Pendek kata, aku mula kira hari lg la ni.. Sabar je la, dah INI TAKDIR KAMI.. 

Dari mula2 kawin, sampai setahun 2 bulan kami PJJ Melaka->Kedah. Then, bulan Mei 2012 kami ambik keputusan untuk tinggal sebumbung, dia resigned kerja kat Kedah and gamble utk dtg cari kerja kat sini. Cari punya cari sampai setahun lebih, tak dpt2 jgk. Alhamdulillah, dalam tempoh masa hubby jobless tu, kami laki bini tak pernah bgaduh tentang duit, tak pernah la tak makan. Sentiasa ada rezeki utk kami berdua. Alhamdulillah, bulan Julai hari tu, hubby dpt intrview utk job Lab Asst yg dia dpt skg, dan dpt lapor diri 2 Oktober lepas. Ats sebab2 tertentu, dia tangguhkan lapor diri dan akan lapor diri esok. Insyaallah, semoga itu rezeki terbaik utk kami. Semoga kesabaran dan keredhaan kami utk ujian ini, dlm perkiraan Allah.;)