Wednesday, April 16, 2014

~hOme prOjeCT: sUsUn TuDUnG bAwAL~

Tudung bawal aku ni byk sgt (ececece..bunyi cam org kaya je kan). Tu pn setengah aku dah let go bg org dan simpan dlm box. Tinggal yang aku duk slalu pkai jer. Itu pn still lg aku nmpak byk. Camno tu? Tatau nk letak mana. So, aku pn beli la box dr Cosway utk letak tudung2 bawal aku tu.

Lets the pictures tell you how...;)
Tudung bawal ni mmg kegemaran aku. Ada yg dr zmn aku blajar lg tu.
Itu pn suku dr koleksi tudung bawal yg aku ada.
Yg lain aku dh simpn dh storage box, sbb dh xnak pkai lg
..;)
Mcm ni la cr aku susun. Yg lipat tu bidang 50" then yg gulung tu bidang biasa.
Aku guna box dr cosway je. Jimat..;)

p/s: eceli aku ni bknnya pndai sgt dlm bidang organizing pn. Baru je mula berjinak2. Bkn utk apa pn..untuk diri sndiri je..;)..Rumah Berseih..Hati pn Senang..;)

~REzEki TaNpA DIdUga~

Opss.. Rezeki tanpa diduga? Rezeki apa oii??? Anak ke?? Owh Bukan... Rezeki suami dpt transfer sini. Alhamdulillah..syukur sgt2 sbnrnya.. 11 April aritu, last day utk cek keputusan transfer bg jawatan pembantu makmal. B4 tu setiap hari jgklah aku duk cek tgk, kot2 la dh ada result utk hubby. Dia pn sedih sbnrnya sbb ari2 duk cek yg kluarnya "PERMOHONAN ANDA TIDAK DIPROSES OLEH BPSM". Kitaorg pn cm dh down la kan, tp dlm pd tu msh lg berdoa dan berharap biarlah result tu lambat, asalkan ada berita gembira buat kami. Dan Alhamdulillah, pd ari terakhir tu, aku cek..keputusannya "DILULUSKAN". Syukur sgt2,...rezeki hari Jumaat. Sesungguhnya Allah tidak menyiakan doa hambaNYA. 

Selama lebih 3 tahun kami berharap dan menanti untuk tinggal bersama disamping hubby mndapat pkerjaan yang tetap, baru sekarang Allah makbulkan doa kami. Kami rasa sgt kerdil utk menerima anugerah ini. Semoga selepas ini, rezeki anak pula menyusul. INSYAALLAH.. Doakan kami,..

Thursday, March 20, 2014

~SEmOgA HaTI TeRuS tAbAH~

Semoga hati aku terus tabah. Ya, aku akui bukan mudah untuk tersnyum disaat menerima berita ttg kegembiraan rakan2 menerima cahaya mata, apatah lagi aku amat merindui saat itu. Pg td dpt berita kwn sekerja aku dh selamat bersali, taktau nak respon mcm mana, aku just tgk kat wasup je la ucapan mereka. Wah, kemain lg mereka ye, siap ucap "welcome to the club", "selamat menempuh alam keibuan", ah, mcm2 ucapan lg la, yg sememangnya mampu mbuat hati ni sedih. Tapi plg tkesan, ucapan dr seorg senior, "selamat datang ke lubuk melombong rezeki dan pahala"... Aduh, taktau knapa tkesan sgt dgn ayat tu, taktau nk describe mcm mana perasaan aku, jeles ke? sedih ke? Yang pasti adakah aku yg tidak mpunyai anak tidak berpeluang untuk melombong pahala dan rezeki itu? Oh tidak, Allah Maha Adil, jika selama ni aku bersabar, insyaallah pahalanya tetap ada untuk aku. 

Semoga terus tabah wahai sekeping hati. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk terus tersenyum dan berdiri teguh bdepan dgn ujian Mu ini, semoga semua ini ada gnjaran di sisiMu nanti. insyaallah..;)

Wednesday, January 15, 2014

Tuesday, December 10, 2013

~wAlauPuN hAnYa sekAdAr MiMpI~

Walaupun hanya sekadar mimpi, tapi perasaan tu cukup indah untuk aku rasakan. Mimpi apa???? Alkisahnya, semalam pagi2 lg dalam pkul 4 pg, kitaorg laki bini + SIL + nephew btolak dr Melaka ke Puchong sbb hubby dan SIL dh keje. Memang ngantuk la. Sampai je Puchong, lepas hubby pg keje, aku sambung tido jap. Ha, masa tido tu la, aku bermimpi..hihihi..

Dalam mimpi tu, aku ada 3 orang anak, yang pertama 5 thn, yg kedua 3 thn dan yang ketiga nak masuk 2 thn. Yang paling best, ak expecting lg for our 4th child. We are happy family.

Seronok betul perasaan tu, mmg tak dapat aku gambarkan. Mungkin itulah perasaan mereka yang bergelar ibu. walaupun dalam mimpi, kebahagiaan tu aku terasa sampai ke alam nyata lepas aku bangun. Aku rasa mcm nak tido jer sepanjang hari supaya aku bleh sambung mimpi aku tu..hihihi.. Alahai, kan best kalau semua tu kenyataan, bukan MIMPI.

Semoga Allah rezekikan kami untuk bergelar "IBU dan AYAH" nnt, insyaallah..

~sEkAdAr lUahaN hAtI SeOrNg tTcIaN~

30 November 2013

Being childless women is not a wonderful journey to be walk in. It is full with heart torture and pain as well. Only Allah knows how “suffer” im now.
Terlalu sakit, aku sendiri xtau nk describe mcm mana perasan aku kala ni. Cemburu? Suka? Sedih? Entahlah. Yang pasti aku terusik dgn berita yg disampaikan oleh Wak. Dia bcerita ttg sana sini org beranak. Dan KESEMUA mereka tu kahwin lewat lebih setahun dari aku. Majoritinya kawen hujung tahun lepas dan awal tahun ni. See how blessed they are? Not like me. In about 2 months we are going to celebrate our 3rd anniversary. And again without our own child, unless miracle happen to me in this two months. I really hope for that miracle, but im afraid based on my last experiences. FAILED.


Balik kampung best, jumpa family apa semua. Tapi bila nak berdepan dgn sedara mara, aku jd mcm malas, tak suka jumpa dgn org lain. Sebab aku takut diorang akan btanya ttg anak. Aku malu sbb masih belum mengandung. Mungkin mereka akan beranggapan aku tidak subur dan akan kaitankan dgn keturunan aku yg mana 2 org kakak aku juga childless. Mereka tidak akan faham, semua ini rezeki Allah bukan sbb keturunan. Aku juga takut, jika dibandngkan dgn org2 lain yg bkahwin lewat atau sama dgn aku yang masing2 dh beranak pinak. Tak mcm aku. Entahlah, aku pun tak tahu dgn nasib aku ni. Semoga aku lebih tabah..;)

~CuTi sEKOlaH KamI~

23 November 23, 2013

Edisi cuti sekolah

Ecelly dh seminggu cuti sekolah dan hampIr seminggu jgk lah aku ni bermastautin kat Puchong, rumah kak ipar aku. plan asal nak duk kejap jer, then nk balik kg, tapi apa kan daya keadaan kewangan kami agak gawat dan kritikal yang teramat nak nunggu gaji.hihihi..Duit nk beli tiket bas pun x cukup, camno ni???  biasalah kami laki bini mmg mcm ni kalau bulan yang lambat dpt gaji. Bukan sebab boros or ape2, mmg byk komitmen stp bulan, plus aku sorang yg menanggung semua. But now Alhamdulillah, hubby dh dpt keje just blum dpt gaji jer. Insyaallah, 30 nov ni br gaji dia masuk. Ringanlah sikit kami nnt.;)

Ok berbalik pd kisah cuti ni, kami xda plan nk pg mana2 pun, sbb xda bajet yg cukup, tmbahan plak kitaorg cdg nk beli sbuah kereta lg dlm masa terdekat, so kene bjimat lah. Insyaallah, dpt gaji hari isnin ni, aku nk pg beli tiket balik kg. Kalau dpt balik awal best la jgk, bleh duk lama2 kat kg. Lgpun, my mum x brapa sihat,bimbang jgk. Ye la, kalau dulu, sbulan cuti sbulan jgk lah aku duduk bwh ketiak mak, tapi skg dh kawen, sbulan cuti, bleh blik kg sminggu pn dh cukup baik. Itu pun tpaksa bagi2 jgk antara rumah mak n rumah mentua. Ini lah kisahnya kalau kawen dkt2.hihihi. Then, 3 Dis aku dh kne fly dtg Puchong blik bw anak buah hubby dtg sini. So, secara tidak langsungnya, aku jd nanny lah. Ehmmmm. Sabarkah aku nk mlayan kerenah bdk tu?????. Semoga di berikan extra sabar than usual.hihihi.Llepas tu, 11 Dis, hubby plan nk blik kg plak dlm 4 hari cmtu lah. Oklah, bleh aku ambik ank2 buah aku skali dtg Melaka. Kesian diorg, skurang2nya bleh happykan diorg jgkkan. Wah.. byk betul perancangan aku ni, tapi apa2 pun, aku serahkan pada Allah kerana Dia sebaik2 penentu.


Oh ya, result ptukaran hubby ke Melaka keluar 7 Dis ni, aku harap sgt dia dpt transfer sana. Kesian dia duk kat sini, semua benda kene uruskan sendiri, dah la tu, hujung minggu plak kne drive sorg2 blik Melaka. Sayu hati aku ni tgk si suami bsusah payah utk aku. aku harap sgt2 Allah makbulkan doa kami untuk tinggal sebumbung, insyaallah. 

~BiLa AdA yAnG mEnggAnGgU~

Actually entry ni dah lama nak upload, tapi tak berkesempatan....

16 November 2013

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pemurah..
Hari terasa begitu asing bagi aku dan dia. Aku rasa dia seolah-olah bukan dia yg dulu. Dia pandang aku dgn pandangan yang marah. Seperti ada kesalahan besar yang telah aku lakukan. Sebelum dia tak pernah pun mcm ni. Semalam waktu dia dtg jemput aku kat rumah azie, muka dia masam mencuka. Aku takut nk tgk sbb dia tak pernah mcm tu. Aku pun tak tahu apa salah aku. terasa sgt2. Dah la seminggu tak bjumpa, harap2 bila jumpa happy la, tp sebaliknya. Sampai rumah pun, dia masih masam, x tegur aku pun. Aku terus je ambik wuduk dan solat. Tak lama lepas tu, dia pun solat. Lepas dia solat tu baru dia tegur aku, tapi muka dia masih lg tak smesra biasa. Kami keluar makan, kat kedai makan pun, awalnya kami x ckp byk. Aku lbh byk bfikir tentang kami. Apa nak jd dgn hubungan kami ni? Apalah nasib kami suami isteri.

Pagi tadi dia bagtau nak pergi rumah Ustaz Nazeri, nak berubat lagi. Dia kata smlm masa jemput aku kat rumah Azie, dia rasa nk marah kat aku. tak tau kenapa. Aku memang dah agak dah. Petang td pun sama, masa waktu asar, dia tgk aku mcm ada something yang dia tak puas hati dgn aku, rasa marah. Padahal aku xda buat apa pun kat dia. Then, masa keluar pergi tesco, dia mengaku yang masa waktu asar tadi, dia rasa nak marah dgn aku, tapi dia tak marah. Jadi dia akansakit 1 badan, sendawa keluara ngin, rasa sakit sendi, semua lah pendek kata. Kesian dia.


Aku sedih sebenarnya dgn semua ni, nak salahkan dia pun tak boleh sbb ini gangguan makhluk halus pada kami. Mungkin org yang mhantar gangguan tu bertujuan untuk merosakkan hubugnan kami. Nauzubillah. Aku pun tak tahu lah..

Tuesday, October 15, 2013

~InIlAh tAkDiR kAMi~

Bismillah...
First, nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha. Ni kali pertama aku sambut hari raya di tempat orang, jauh daripada mek and ayah. Sedih, tapi apa boleh buat, dah nasib mencari rezeki di tempat orang. Apa2pun, Alhamdulillah, aku masih ada suami yang setia di sisi. ;). Aku punya SIL pn ada dtg beraya kat sini, so meriah la sikit. Kawan aku si Yani tu pun ada dtg jgk. Terubat la rindu kat kg sikit..;(

Secondly, mlm ni hubby bertolak ke Puchong dgn SIL. Alhamdulillah, dia dpt kerja kat USJ 8, act as Lab Asst. Lama jgk dia menganggur, setahun lebih duk terperuk je kat rumah, aku kesian sgt kat dia masa tu. Sgt kesian, sampai xda kata aku nak luahkan perasaan aku ni. Setiap kali aku pandang mata dia, aku sayu, betapa besar pengorbanan dia untuk aku. Sanggup berhenti kerja demi aku, tak sanggup nak tgk aku sedih stp kali bjauhan dgn dia, jg kerana keselamatan aku kat sini sorang2. Sampai mati pun aku tetap igt pengorbanan dia. Bayangkan setahun lebih hidup tanpa GAJI, bg org perempuan mungkin itu bukan masalah, tapi bg seorang LELAKI yang sudah bermah tangga, itu amat membebankan fikiran. Sudah cukup utk membuatkan seseorg tu hilang sabar. Tapi hubby amat penyabar menempuh saat2 itu. Alhamdulillah. Berkali2 pergi itrview, hantar resume sana sini, tapi satu pun tak melekat kerja utk dia di Melaka ni. So, bila dh dpt dkt USJ, aku redha dan bersyukur. Walaupun terpaksa berjauhan, tapi itu lebih baik utk dia dan aku dari Allah. Apa2 pun, aku tetap bersyukur, walaupun aku sebenanrnya sedih kerana terpaksa berjauhan dari dia, dia pun sama. Menitiskan air mata tatkala meninggalkan aku tadi. Aduh, syahdunya. Jadi malam ni, bermula lah episod baru hidup aku, tidur sorg2, makan pun sorg2.. Hujung minggu barulah dapat tidur dgn hubby. Pendek kata, aku mula kira hari lg la ni.. Sabar je la, dah INI TAKDIR KAMI.. 

Dari mula2 kawin, sampai setahun 2 bulan kami PJJ Melaka->Kedah. Then, bulan Mei 2012 kami ambik keputusan untuk tinggal sebumbung, dia resigned kerja kat Kedah and gamble utk dtg cari kerja kat sini. Cari punya cari sampai setahun lebih, tak dpt2 jgk. Alhamdulillah, dalam tempoh masa hubby jobless tu, kami laki bini tak pernah bgaduh tentang duit, tak pernah la tak makan. Sentiasa ada rezeki utk kami berdua. Alhamdulillah, bulan Julai hari tu, hubby dpt intrview utk job Lab Asst yg dia dpt skg, dan dpt lapor diri 2 Oktober lepas. Ats sebab2 tertentu, dia tangguhkan lapor diri dan akan lapor diri esok. Insyaallah, semoga itu rezeki terbaik utk kami. Semoga kesabaran dan keredhaan kami utk ujian ini, dlm perkiraan Allah.;)


Monday, August 26, 2013

introduction::-) @ peti ais kecilku...

Gambar atas peti ais, alas tu aku beli dr Cosway.
Kt bwh tisu tu, buku resepi kami laki bini.;)

Pintu peti ais aku, x full sgt. Peti ais aku, xda air kosong sejuk, sbb kami x suka.
(Jaga kesihatan sgt la konon.;p)
Itu pun aku alas guna alas Cosway jgk.
Mmg terbaik la.


Keadaan dlm peti ais. Actually ada satu lg tray kat tgh tu, tp aku buang.
Bila dh buang, nmpak luas sikit kan?