Monday, December 7, 2009

Tips untuk mendapat jodoh..

lam semua..sori la, dah lama xupdate blog ni..lately sibuk dgn majlis kawen akak n spupu..diorg yg kawen, xsibuk sgt la, sbb org lain yg tlg siapkn semua...huhu..pape2, alhamdulillah, sbb semuanya bjalan dgn lancar, n diorg bduapn dh dpt jodoh masing2..kiat ni cmne plak ek?..masih menunggu?masih mencari?..utk sy dan sahabat2 yg belum btemu jodoh, amalkan la tips2 kat bawah ni ye..moga2, kita semua dkurniakan jodoh yang baik, insyaallah..tips ni sy dpt dr salah satu blog dan alamatnya sy sertakan dibawah sbg rujukan..

TIPS UNTUK CEPAT MENDAPAT JODOH..

Isk apesal la aku tak kawin2 lagi ni…?
Isk siapalah yang hendakkan aku ni…?
Bilalah nak bertemu jodoh ni…?
Dah banyak kali bercinta…
asyik2 gagal saja…
Aduhai aduhai…
Susahnya nak dapat jodoh!!

Sesungguhnya urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik mungkin.

Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.

Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha!

*Dapatkan ebook percuma terbaru di sini. Anda cuma perlu daftarkan email anda dan setelah itu bolehlah download ebook tersebut. Kalau anda perkenalkan pada kawan anda dan dia download ebook itu, anda boleh dapat USD 1.00 iaitu RM3.50. Jadi, apa tunggu lagi, download lah ebook tersebut sekarang. Ianya percuma. Download Sekarang!

http://pakarhowto.com/tips/tips-untuk-cepat-dapat-jodoh.html

Monday, November 16, 2009

Paku di hati..

Entah kenapa hari ini saya terasa hati dengan kata-kata dua orang rakan saya gara-gara saya terlupa membelikan pesanan mereka di cafe. saya kira, kata-kata seperti itu tak sepatutnya diucapkan oleh mereka, memandangkan mereka hanya berpesan tanpa mengirimkan wang (wang tu lain cerita la, bukannya saya berkira) dan mereka juga sedia maklum yang saya ni jenis yang pelulpa. Tambahan lagi, adat memesan pada orang, nasib la kalo orang tu lupa nak beli. sebelum ini pun, pernah juga pesanan saya tidak dibeli, tapi saya masih lagi mampu tersenyum, walaupun kecewa, tapi kenapa mereka bersikap seballiknya pada saya?


Seketika saya berfikir, kenapa kata-kata mereka mengguris hati saya pada hari ini? Mungkin sebelum ini saya juga pernah mengguris hati insan lain tanpa saya sedari dan Allah datangkan mereka untuk memberi rasa yang sama kepada saya, supaya saya sedar akan kesilapan saya. Tiba-tiba saya teringat pada sepotong ayat, saya lupa dmana saya membacanya, lebih kurang camni la.."kamu sememangnya layak untuk disakiti, kerana kamu hanya seorang insan biasa yang penuh dengan kekurangan"...Ya saya akui, saya layak untuk merasai apa yang saya rasa pada saat ini.


Bertitik tolak dari situ, saya mula terfikir, alangkah pentingnya menjaga lidah anugerah Allah yang satu ini, spertimana sabda Nabi, seseorang manusia itu, akan masuk kesyurga apabila dia menjaga kedua-dua lubang, iaitu, mulut dan kemaluannya. Ini juga merupakan peringatan untuk diri saya sendiri, supaya lebih menjaga lidah yang tidak bertulang tetapi mampu membunuh insan lain, sekalgus menghancurkan persaudaraan.


Alang-alang tu nak share sikit satu citer, xda kaitan pn dgn lidah, tp insyaallah, dapat membantu kita semua dalam memuhasabah diri kita.


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya telah memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang- lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.”

Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati mu....

Saturday, November 7, 2009

Usah Risau Jika Belum Berpunya..





Resah selisah. Seraut wajah termenung jauh. ”Orang lain semua dah kawen, tinggal aku sorang jer”. Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

”Aku tak cantik ker?”

”Aku kurang bergaya ker?”

” Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”

” Aku tak pandai mengayat agaknyer?”


Mungkin itulah kerisauan yang memberat diminda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat.


Pilu hati ini yang melihat remaja merana kerana cinta. Pilu kerana mereka sudah merasai peritnya penanangan cinta dusta, mereka masih tak mampu untuk mngarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasanNya diredah segala. Tak kenal dosa dan pahala.


Oh remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanyalah menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah, bahawa rumahtangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkindapat menegak tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi hambar dan tawar.


Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia, amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman di negeri abadi.


Kuhembuskan nasiahat ini kepadamu wahai remaja tanda sayangku yang tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda untuk mendapat seruan, yakinlah.


Usah risau jika belum berpunya, mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Dia menguji anda sedikit masa lagi. Begitu juga dengan pemuda yang belum berpunya, ’first thing first’. Utamakan yang penting daripada apa yang lebih penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat untuk memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.


Memiliki seorang isteri yang solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapat sesuatu yang istimewa penuh berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang telah dicurahkan walaupun pinangan pernah ditoalk. Usah rasa malu dan terhina, kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasannya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?


Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, kerana itulah tips untuk memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunalah orang tenagh untuk lebih menjaga warak dan iman.


Seringkali seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sanggup ditempuh. Namun, apabila ia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan yang kering Cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-quran dan sunnah.


Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya, wallau’allam.


Dipetik dari majalah SOLUSI, Isu.No2: Jangan Takut

Tulisan : Fatimah Syarha Mohd Nordin

Sunday, November 1, 2009

Adakah Ini KetentuaanNYA???

Bukan semua orang dapat menikmati keindahan hidup yang dikatakan alam rumah tangga. Jika dibuat bancian semua orang terutama wanita inginkan hidup berkeluarga,disayangi dan menyanyangi. namun bukan kita yang menetukan jodoh kita sendiri.Walaupun usaha dan ikhtiar telah kita lakukan, kita usahakan namum jodoh itu belum tiba jua. Wajarkan kita kesal, mengeluh dan merintih? Sebagai hamba yang meyedari dirinya milik Allah, sepatutnya dia redha dan pasrah...

Ketentuan Allah kekadang tidak sama. Langsung tidak menepati kemahuan dan harapan kita. Melihat insan lain bahagia dan indah bercinta bersama pasangan masing-masing, hati kita meruntun untuk turut merasa pahit manis dikasihi dan menyayangi, melalui onak dan duri dunia perkahwinan, mengecapi nikmat bersuami isteri dan merasa bahagia mendengar hilai tawa anak-anak.

Namun, lain percaturan yang telah ditentukan Yang Maha Kuasa. Walau usia semakin meningkat, namun hingga kini tiada siapa yang boleh kita panggil ‘teman tetapi mesra’ apatah lagi seorang suami. Hati kita tertanya-tanya, apakah ketentuan Allah untuk kita sebenarnya?

Dimana jodoh kita? Adakah memang menjadi suratan bahawa kita hidup membujang hingga ke akhir hayat? Kekadang bukan tiada yang mahukan kita tetapi malangnya dia sendiri kepunyaan seseorang.Lalu, untuk tidak mahu digelar perampas, kita mengelakkan diri.

Lalu, hingga kini kita masih terus membujang walau keinginan begitu kuat untuk bergelar isteri kepada seorang suami.

Sebenarnya, memang jodoh dan pertemuan bukan hak kita untuk ditentukan. Namun, usaha tetap perlu ada. Melalui diri, doa adalah senjata utama. Bermohonlah kepadaNya akan seorang jodoh yang beriman,yang dapat membimbing dan membawa keluarga pada jalanNya. Dalam zaman yang canggih ini pula, pelbagai cara dapat kita usahakan untuk mencari teman, melalui kawan-kawan yang telah berumahtangga juga boleh disuarakan.

Orang tualah sebenarnya pemain peranan utama dalam mengusahakan jodoh untuk anak-anak.

Usahakan terus, persiapkan diri, namun, bersedia menerima seadanya...andai tetap tiada jodohnya, lalui kehidupan setenangnya. lihatlah ke bawah...

Betapa ramai ibu-ibu tunggal yang menderita kerana ditinggalkan suami yang tidak bertanggung jawab. Malah hatta bergelar seorang isteri sekalipun, betapa ramai yang menderita dan tidak berbahagia. Sehingga ada yang menyesali perkahwinan masing-masing.

Lalu, sebenarnya, walau apapun kita, walau status apapun kita, segala ketentuan itu adalah milik Nya. Dan segala sesuatu yang menjadi milikNya, itulah penaturan terbaik untuk kita.

Cumanya jangan berputus harap, kerana sesungguhnya orang mukmin itu tidak pernah kecewa. Cintailah Yang Maha Kuasa dan letaklah cinta kita padaNya sebagai cinta yang agung, walaupun kita kini sedang menikmati cinta sejati.

sumber: halaqah, wriiten by ummi munaliza

Jangan Mencari Terlalu Sempurna..

Jangan terlalu mcari sempurna..tu la ygsllau kita dgr, yg slalu diigatkn kpd kita..Tapi hakikatnya, hati kita ni kdg2 still mahu mcari yg sempurna pada pandangan mata kita..kdg2, pdhal dah jumpa dah org yg serasi dgn kita, tp still xpuas hati n mdambakan yg lbh baik..cari2 punya cari, at the end of da day, kita gak yg sendiri..so, hargai la apa yg kita punyai pd hari ni, kerana itulah tandanya kita bersyukur dgn kurniaanNYA..kat sini, ak nak share sikit dgn kwn2 skalian bnda ni..ak xtahu la nk pggl apa, sajak ka, puisi ka, syair ka, apa ka..ak ambik kat satu website, tp lupa nk copy link dia..yg ak tahu best n mbuatkan ak tfikir betapa ak jarang mhargai apa yg ak ada selama ini..astaghfirullah..



Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh m ema afkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

Sunday, October 25, 2009

Doa Memohon Jodoh..hehehe..

Lately, ramai lak mmber2 ak yg bckp sal jodoh ni..sikit sbyk, ak pn tfikir la gak sal tu, memandangkan umur dh mningkat..huhuhu..ada gak, yg btanya sal jodoh ni kat ak.."dah bpunya ke belum?"..pening gak aku nak jwb, sbb kalau ak jwb takda, diorang kata ak mnipu, kalo ak ckp ada, ak plak yg mnipu diorg, sbb hakikatnya mmg xda lg..heheheh..

Jodoh kita bukan tak ada, tp belum bertemu lagi..seorg teman ada berpesan pd ak, katanya, kalo d tanya soal jodoh, katakan saja, belum tiba masanya, jgn sesekali jwb, jodoh tak ada, sbb Allah mmg dah tentukan jodoh kita sejak kita dalam rahim ibu lg..Sekalipun jodoh kita bukan di dunia, mungkin di syurga nnt. Yang pasti, ianya ada..tp sebelum mharapkan jodoh dsyurga tu, pastikan dulu yg diri kita ni mengamalkan cara hidup yg mlayakkan kita mjadi ahli syurga..

Jangan sekadar bharap tanpa usaha plak yer...usaha camne tu yer? Usaha la dgn bdoa, meminta org yg carikan ke, kita sendiri yg btanya ke (tp btanya dgn cara yg bermaruah la yer). Kat sini ak da sertakan doa dr seorg hamba Allah yg dkenali sbg ummi..hope bguna utk sahabat2 sekalian..Kita hanya berusaha, Allah yg mnyempurnakn hajat kita..so make sure usaha kita tu betul2 ikhlas..

“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.



Tuesday, October 20, 2009

Weekend yang menggumbirakan

Entry ni sbnranya dah lama ak tulis, tp entah cmne leh msk dlm K.IV list ak pn prasan sbelum ni..tp xpa la, alang2 dah tulis post je la kan..sori ye, baca yg dh basi..

Hehehhe

Weekend yang menggumbirakan??????????

Weekend tiba lg..aku hepi lg..kenapa saya suka weekend? Sebab weekend best..hhihihi…napa weekend best? Emmmm…terfikir sejenak aku..may be sbb aku boleh tidur kat bilik, xpayah p clz mngadap muka lecturer..sbb tu la kot..hihhi..

Semalam aku jadi sukarelawan kat tadika dkt maktab aku ni..aku sajer jer poyo jd sukarelawan tu, sbb aku xnk p kuliah. Semalam ada kuliah ganti utk cuti raya puasa ni. Ah, aku xnk citer sal kuliah, tp aku nk citer sal budak-budak tadika yang memang comel-comel semuanya.

Bila aku tgk muka diorng, ada rasa sumthing yang aku sendiri tak reti nak describe.. apa tu fifat????? Rasa nak jadi ibu la..hahahahaha..aigooo.bila rasa camni datang, maknanya aku dah patut cari calon ni. Nak cari tang mana cheq oooi? Bukannya ada kat pasar pun..hahhaa.. aku kne pilih betol2 supaya anak2 aku yang comel2 nanti dpt dididik dgn elok. Insyaallah..

“Anak-anak ibarat kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya”..emm, camtulah lebih kurang pepatah yang org slalu dok sebut. Mmg betul pn pepatah tu. Tapi corak yang akan dicorakkan keatas kain putih itu lahir dari sifat dan akhlak ibubapanya sendiri. Kalau ibubapanya dari golongan yang baik akhlaknya agamanya, Insyaallah anak2 juga akan turut seperti itu, walaupun ada yang mengatakan iman tak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa. Tetapi kebarangkalian untuk anak mencotohi ibubapanya adalah tinggi. Hehe, guna matematik plak aku ni..camtu jglah sebaliknya. Kalau mak ayah hidup tunggang langgang, tak solat, xtutup aurat, anak2 pn akan membesar dengan mencontohi ibubapa mereka…owhh..sungguh kasihan kanak-kanak comel itu, kerana “dirantai” kejahilan ibubapanya sendiri..

Sikap dan cara hidup mak ayah akan terbias pada akhlak anak-anak itu sendiri. Pastu aku mula la merenung kembali sikap aku ni..hahaha..sikap aku pun xbrapa nak elok sgt..memang xelok pn ak ni..kadang2 tu mulut ni sesuka hati jer mngutuk, mengata orang..astaghfirullahal’azim..anugerah Allah yg satu tu pn ak xleh nak jaga dgn elok, cmne ak nk jaga anugerah yg lain, anak2 ak nnt cmne ak nak jaga dgn baik?..huh, bukan mudah utk semua ini..semuanya bermula dari diri sendiri…

Tiba2 ak teringat ceramah dr Ustaz Azhar Idrus, pceramah kegemaran ak tuh..dgn loghat t’ganu dia tu dah ckp mhiburkan…ak lupa tajuk cramah tu apa, tp salah satu yg dia katakana, jaga anak ni cm buat kuih la lbh kurang, mmg kene buat ikut acuan dan ikut peraturannya, suhu, tempoh masa baker n semua2 tu la..kalau acuan dah elok, tp suhu oven tlalu panas atau sejuk, kuih tetap xkan mjadi..cmtu la gak dgn anak2 kita..kalo dah bg mkn pakai cukup, pelajaran cukup, tp kalu tak di ajar hidup mengikut peraturan agama, anak tetap tidak akn mjadi manusia yg berguna, apatah lg mjdai anak yg soleh dan solehah. Camtu la lbh kurang..ha, kat sini la nk dtekankan yg agama tu asas mendidik anak sebanarnya..so pd sapa2 yg dah rasa smpai seru nk kawen tu, make sure la korang tu dah ada ilmu agama yg mcapai standard utk memegang status ibu dan isteri..napa ak xkata, mempunyai ilmu agama yg cukup? Sbb ilmu ni xkan akan cukup. Ilmu Allah tu sgt la luas, stakat baru hdp sthun jagung, xpayah la nk rasa diri tu cukup ilmu..kan Allah dh kata, tuntutlah ilmu dr buaian sehingga liang lahad.

Ha, smpi sini dulu la kot ak tulis utk masa ni..len kali ak mrapu lg..Haih, byk lak ak mrapu arini..tlebih masa lapang kot ak ni..Ya Allah, lindungila ak dr mbuang masa begitu ja..ak xnak la jd kawan setan laknatullah..rugi je hdp ak kalo itu la yg ak ikut..nau’zubillah...

Thursday, October 15, 2009

Muhasabah Cinta...

Demam....dah msk 4 hari ak demam, jarang ak demam lama camni..rasa xbdaya sgt2..alhamdulillah, arini ak ok sikit, sbb smalam dh p klinik..ni la kali ptama ak p klinik dlm tahun ni..subhanallah, kasih sayang Allah melimpah kepadaku, dikurniakan kesihatan yg baik sepnajang 10 bulan yang lalu..tp apa yg telah ak lakukan dengan kesihatan yg baik sepanjang 10 bulan itu?
persoalan itu mendesak ak untuk bfikir, apakah ak sudah mengisi 10 bulan itu dengan rasa syukur yang sebenar2nya atau telah mnesia2kan nikmat sihat itu? ke manakah ak menghalakan kakiku yang gagah melangkah pada waktu itu?ke manakah ku curahkan kudratku yang masih kuat pada waktu itu?..ke manakah semua itu??????????

Ya Allah, ak telah mensia2kan semua itu...tidak ada satupn kebajikan yang mampu ak lakukan sepanjang tempoh itu..sungguh ak tak pandai menggunakan nikmat sihat itu..Ya Rabbi, ampunilah ak, atas kterlanjuranku mensia2kan nikmat Mu..

Ya Allah, aku syukur dengan ujian ini, ak sedar ujian ini adalah tarbiyah drMu untukku supaya ak bersyukur atas segala nikmatMu..Ya Allah, ak mohon padaMu moga ak sabar dan redha dengan ujian Mu ini..Ya Rahim, jngnlah Kau biarkan sakit ini berlalu begitu sahaja tanpa mengampunan drMu..sungguh, hanya itu yang kudambakan drMu..moga, ak menjadi hambaMu yang bersyukur....

time2 sakit cmni tringat kat lagu dr Edcoustic, Muhasabah Cinta,,

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Saturday, October 10, 2009

Rezeki dikongsi bersama....

emm..dah lama ak tak menarikan jari jemariku (ceh, berbunga bahasa la plak minah ni..hhehe) dipapan keyboard mengepost bnda2 baru kat blog ni..eceli, ak bukan malas nk tulis, tp mmg tak "feel nak teruskan menulis ni..lebih kurang cam malas gak la kan?..hehehe..

opppsss..ak hampir tkeluar dr tajuk asal nampaknya..iaitu "rezeki dikongsi bersama"..rezeki ni mcm2 la kan..ada dlm bntuk makanan, duit, pakaian, harta, kasih sayang pn rezeki gak tu..tp rini ak nak cakap sal rezeki makanan (ak suka bab makan ni)..

tersebutla al-kisahnya rini, cuti hujung minggu, tuan punyer cafe kat maktab ak ni mmg "mangkuk" sbb slalu ja tutup cafe time weken. bestu, kami yg xda "tayar empat atau tayar dua" ni, mmg kebulur la..(balak pn xda, nk mintak tolong)..ak ni ok lg la sbb ada "benda haram" dlm bilik ak ni (rice cooker), leh gak la skadar nk makan bihun sup "bodo2", tuk alas perut..huhu..so, ak plan ptg ni ak nk msk sup sayur je la...

tiba2 member ak si A ni dtg dgn muka sposen, tanya ak mkn apa ptg ni, ak jwb ja la, ak mkn sup sayur ja..(ak nak ajak, tp tak tgamak la, sbb ak ni mmg xreti nk msk bg org mkn..tkt sakit perut lak anak org nnt)..tp xsampai hati la plak nk biarkn dia blapar, so ak ajak gak la dia mkn skali dgn ak, even makanan ak tu pun, bknnya byk sgt..ak percaya, rezeki ni kalo kita kongsi dgn org, insyaallah akan ada ganti yang lebih baik untuk kita..

pastu, operasi memasak pn bermula, ak naik p ambik bhn2 yg ak simpan dkt kak tini (ayam and metaball)....masa ak naik nak ambik bahan2 tu, majikan kak tini tu offer ak laksa penang and nasi minyak..mula2 ak segan la nak ambik, sbb diorg tu baik sangat..tp bila dh fikir org offer bsungguh2, ak terima ja la..

Subhanallah, Maha Suci Allah..sesungguhnya Allah tak memungkiri janjiNya..asalnya td ak plan nk mkn sup sayur ja dgn member ak, tp alik2 dpt mkn laksa penang, nasi minyak lg..bygkan, dr sikit jd byk, Allah Maha Besar..lebih drpd tu, ak bukan saja bleh kongsi makanan ak dgn member ak si A tu, tp boleh jemput lg 4 org mmber ak yg lain utk join mkn sekali..masyaallah, rezeki yang tidak disangka2 hadir disaat memerlukan...ak semakin yakin, semakin kita memberi, semakin byk kita menerima..

tiba2 rasa syukur meresap ke dalam jiwa ak, rasa malu sgt dgn kurniaan Allah ni, rezeki dr Dia utk ak tak pernah putus, tp takwa ak pd Dia selalu ja tsekat2..byk betul dosa ak pd Dia..teringat lak kat lagu Mengemis Kasih dr the zikr.."tuhan, dosaku menggunung tinggi, tp rahmatMu melangit luas...."...

moral of da story rini, jngn kedekut wahai sahabat sekalian, jgn dibimbangi rezeki semakin sedikit jika dikongsi, kerana Alalh itu tidak sekali-kali menyalahi janjiNya..Dia akn menggantikan utk kita rezeki yg lebih byk lg, malah lbh baik dr yang sebelumnya , Insyaallah..

stakat ni dulu la kali ni, ak nk wat keje sikit..huhu..
moga2, ak dpt ilham lg utk mnulis..hehehe..

Sunday, July 5, 2009

praktikum lagiiiiiiiiiiii....

haih..saat yang d tunggu2 telah tiba...aku kne p praktikum for 2 months..maknanyer, aku kne tingglkan istana nona ni utk 2 bln jugak la, sbb aku sekolah aku tu kat seberang perai utara..Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil...
Aku sendiri pn blm pnh lg sampai kat sekolah tu, n mmg xtau la camne keadaan sekolah tu..n i wish, everything will be fine, espescially the teachers there. most of the problems raised when the senoir teachers refuse to give their corporation to us as a new comer in educational field. Just like b4, the senior teachers like to 'jeling2" kat kitaorng guru praktikum ni,..tgk kitaorg ni smcam jer..hish,,geram gak d buatnyer..hihi..sabar fifatttt..hihih..emo plak aku ni..
so pape pn, aku harap second practikum ni lbh baik la, sbb niat aku nak blaja, bukan nak berburuk sangka dkt org..semoga d luruskan niay dan d permudahkan segala urusan..
insyaallah..

Thursday, May 14, 2009

sebuah episod hidup...

Dulu sebelum aku mengnali cinta seorang lelaki….
Biasalah kan, dlm usia remaja, mestilah ada perasaan ingin bercinta, ingin mencintai dan dicintai. Tambahan lagi rata-rata kawan-kawan aku dah ada pacar. Hati aku pun, bergejolak la juga untuk seperti mereka, main sms, bergayut berjam-jam, keluar dating..macam-macam la. Nampak macam best jer kan? Aku pun teringin gak nak rasa camne rasa cemburu kat kekasih dan perasaan bila si dia cemburu kat kita. Wah, mesti syok sebab tu tandanya si dia sayang bangat sama aku.hehehe.. selain itu, cerita-cerita dalam novel-novel cinta yang aku baca pun bg influenced gak. Aku selalu berangan untuk melakar cinta seindah cinta impian heroin dalam novel-novel tu. Dapat lelaki hensem, baik, caring, loving…macam2 lg la…pendek kata, aku memang excited giler la nak bercinta time tu, just tunggu masa jer nak kata “yes” kat si dia.

Time tu gak, aku disogok dengan artikel dan peringatan dari ustaz dan kawan-kawan yang kaki surau tentang haram bercouple. Aku ni jenis yang kawan dengan semua orang. Budak surau aku kawan, geng lepak pun aku kawan gak. Kira aku dok tengah-tengah la.huhu..Semua artikel aku baca dan ceramah ustaz selalu aku dengar. Tapi semua itu, tak mampu mematikan nafsu aku untuk bercinta. “Ala, bercinta tapi tak dating takkan boleh jadi zina kot? Pepandai la aku dgn si dia kawal hubungan kami nnt supaya Islamic couple. Takkan salah punya, lagipun aku tengok, pak imam berserban pun bercinta gak dgn bdk berjilbab labuh.” Bisik hati aku. Sememangnya, syaitan pandai menjadikan sesuatu yang buruk itu indah pada mata manusia.

Semasa bercinta……
Tut..tut..“Assalamualaikum, awk buat apa 2? Dah solat asar?”..sms dr si dia. ”Bagus gak mamat ni, titk beratkan solat”, hatiku berbisik, kononya si dia ni budak baik la, islamic couple la kononya kitaorang ni. Aku cuba membatasi setiap sms kami agar tidak terlalu kerap dan melencong ke arah perbualan yang tidak sepatutnya. Selain itu, bagi memantapkan islamic couple kitaorang, aku dah tetapkan awal-awal lagi syarat: aku taknak keluar dating, jangan selalu call aku kalau xda perkara penting, jgn sebut perkataan sayang, rindu, darling, i love you, abang tau pape jer la yang pada perkiraan jahilku akan menimbulkan syahwat. Pada mulanya, kami masih mampu untuk mengawal semua itu, tapi lama-kelamaan, kami hanyut dalam dunia cinta ciptaan kami sendiri. Walaupun sering saling mengingati tentang agama antara satu sama lain, tapi kami gagal menjalankan tanggungjawab kami sebagai hamba dengan baik. Dalam solat aku teringat dan berkhayalkan sms bersama si dia, dalam sujudku fikiranku entah ke mana. Hati tidak lagi terusan berzikir padaNya tetapi sentiasa ingin bersama si dia untuk berbicara tentang hati dan perasaan serta impian masa depan kami bersama. Waduh, sungguh indahnya bercinta, bagai dunia kami yang punya.
Aku yang sebelum ni terkenal dengan kaki tidur, sudah kurang tidur kerana banyak masa dihabiskan untuk bersms dgn si dia. Aku sendiri hairan dari mana dapat energy tambahan yang membuatkan aku mampu bertahan utk marathon sms. Aku bangun awal pagi sebelum subuh, bukan untuk solat tahajjud, tetapi utk bersms dgnnya. Selepas solat subuh, sambung sms lg, walaupun time tu tgh kalut bersiap nak pergi kuliah. Rasa sesaat pun taknak berenggang. Time rehat sms, balik kuliah pukul 2, sms lagi, stop utk solat zohor jap, pastu sambung lgi, dan begitulah sehingga lewat malam. Bila jam menunjukkan pukul 3 pagi, barulah aku mula memejamkan mata untuk tidur dan banagun semula pukul 5 pagi. Bayangkan hanya 2 jam sahaja aku tidur setiap hari! Itulah penangan cinta dunia. Hilang rasa penat.huhu..
”Sy syg sgt kat awk. Pape pn yg tjadi, sy xkn lepaskn awk pergi. Awklh gadis yg mampu mbhagiakan sy. Syukur pd Allah, krn menemukn sy dgn awk.”, syahdunya bunyi, mau luruh jantung aku bila si dia cakap camtu. Ni lah yang wat aku cair ni. Rasa cam bahagia sangat2 bila diri dihargai sedemikian rupa oleh si teruna.
Nama lagi bercinta, mestilah ada manis dan pahitnya. Sesekali kami gaduh gak, tapi tak lama sbb aku yang akn mengalah walaupun dia yang salah. Pada aku, dalam bercinta ni, kita tak boleh nak ego kalau kita betul-betul sayangkan hubungan tu. Aku dah bina hubungan ini, pahit macam manapun, aku harus mempertahankannya, selagi si dia masih setia kepadaku. Itulah prinsip yang aku pegang. Sebenarnya, semakin aku mengenali si dia, semakin banyak kelemahannya yang aku temui, tapi aku butakan mata dan cuba terima si dia seadanya. Kalau si dia boleh terima aku seadanya, kenapa tidak aku? Kalau dah mulakan sesuatu hubungan, baik buruk pasangan kita, kena lah terima dan yang paling penting, jangan bandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain, sebab masin-masin ada kelebihan yang tersendiri. Segala alasan yang diberikan si dia, aku terima tanpa ragu atau mempersoalkan kesahihannya, kerana aku percaya padanya dan sekiranya aku persoalkan alasannya, itu menunjukkan aku tidak menaruh kepercayaan padanya. Aku cukup positif dalam perhubungan.(rasanya, tu bkn positif, tp terlalu buta dalam menilai) Mungkin atas sikap aku yang terlalu ”positif”, aku gagal mengesan si dia mempunyai kekasih yang lain selain aku. Sehingglah pada suatu malam, kawan lama aku semasa sekolah menengah dahulu yang juga rakan seuniversiti dengan si dia, membuka satu rahsia yang tersimpan sekian lama. Malam itu, tahulah aku, siapa si dia yang sebenarnya, dan hubungan cinta yang terjalin selama lebih dua tahun aku putuskan tanpa ragu-ragu. Semua bukti kecurangannya terbuka satu persatu dan aku sendiri tidak mampu untuk menafikan kesahihan kecurangannya itu. Aku tidak hanya mendengar semua cerita dari mulut kawan aku tu, atapi aku selidik terlebih dahulu, kerana bukan sifat aku, menuduh tanpa bukti yang nyata. Aku amat kecewa dengan apa yang berlaku dan aku tak sangka si dia sebegitu kejam mempermainkan perasaan aku, walaupun dia tahu, bukan sedikit aku mencintainya. Hanya Allah yang tahu perasaan aku dikala itu. Baru aku tahu sakitnya putus cinta ni. Sakit bila diri dipermainkan sedangkan kita sudah memberikan yang terbaik untuk si dia. Aku bingung, kenapa aku yang terima nasib sebegini, sedangkan ada kawan-kawan aku yang bercinta lagi teruk dari aku, tapi Allah tak uji pun mereka, malah aku tengok, cinta mereka makin hari makin kuat, bertambah sayang. Aku macam orang yang hilang arah, mujurlah akal ini masih waras dan sisa iman yang masih tersisa dalam hati aku ini drove me to the right way. Allah...

Astaghfirullah...ampuni aku Ya Allah, kerana terlalu jahil di waktu itu, buta dari melihat kasih sayangMu padaku...

Selepas bercinta......
Kini, setelah lama berlalu, aku menjadi insan baru yang hanya punya satu cinta, cinta agung pada Sang pencipta cinta. Mula-mula dulu, aku banyak berdiam diri dan bermuhasabah diri, mendekatkan diri pada Allah, dan aku juga tidak menunjukkan kesedihan pada rakan-rakan kerana aku tidak mahu mereka bersedih tengok aku. Aku pun tak cerita sgt tentang apa yang berlaku antara aku dgn si dia pada kawan-kawan, cukuplah sekadar mereka tahu aku sudah tidak ada apa-apa hubungan dgn si dia lagi. Selebihnya, biarlah aku ceritakan dan mengadu pada Allah, kerana segalanya datang dariNya, semestinya padaNya jua aku berharap.
Alhamdulillah, kini aku sedar, Allah putuskan cinta aku dengan si dia untuk menyambungkan cintaku yang terputus denganNya setelah kehadiran si dia dalam hidupku. Aku benar-benar syukur, kerana telah keluar dari daerah pink yang amat melalaikan aku. Sebelum ini, aku nafikan tentang zina hati, tangan, kaki, mata dan telinga. Tapi hari ini, setelah aku melaluinya, aku akui, semua itu berlaku di alam percintaanku yang lalu walaupun percintaan itu di label islamic couple dan sentiasa disulami hadis-hadis serta sebarang perkongsian islamic.
Walaupun kami tidak menggunakan panggilan manja seperti mana insan lain bercinta serta perkataan yang tak sepatutnya, tapi zina hati tetap berlaku, bila aku sering kali teringat dan terbayangkan si dia, sekalipun dalam solat. Meskipun kami tidak keluar berdating walaupun sekali, tapi setiap hari, mataku menatap fotonya dan mula memikirkan tentangnya. Ya allah, mataku juga telah melakukan zina. Bagaimana pula dengan zina tangan? Kalau kami tak berjumpa, bagaimana nak bersentuhan, mungkin aku selamat dari zina tangan. Betul kah begitu? Rupanya tidak sama sekali, walaupun tak menyentuh tangan si dia, tapi zina tangan tetap belaku kerana aku menggunakan tangan dan jari jemariku anugerah Allah ini untuk menaip setiap sms yang mampu menggetarkan hati si teruna. Telinga ini juga turut berzina tatkala mendengar suara dan rayuan manja darinya yang mempunyai cukup momentum untuk menghantar aku jauh ke dunia khayalan. Ya Allah, alangkah berdosanya aku ini. Adakah kakiku terselamat dari zina, kerana kaki ini tidak pernah berjalan untuk bertemu dengannya. Belum tentu lagi, kerana dengan kaki ini aku berjalan untuk membeli topup telefon untuk berhubung dengannya. Mulutku pula bagaimana? Mulutku juga tidak terlepas dari zina, tatkala mengeluarkan suara lunak yang mebisikkan kata-kata cinta yang menggoncang nafsu si dia. Astaghfirullah, seluruh anggotaku melakukan zina. Setiap hari aku melakukannya, setiap masa pulak tu.
Kenapa pada saat dan ketika bersamanya, aku langsung tidak sedar akan semua ini? Tu baru sikit, belum lagi termasuk dalam hal-hal lain. Sekarang aku mula sedar, kenapa couple diharamkan dalam islam walau apa nama sekalipun diberikan. Islamic couple, jahiliyah couple, enta enti couple dan pelbagai nama lagi, semuanya sama jer. Dosa tetap dosa, dan amat melalaikan, walaupun macam mana sekalipun kita kawal perasaan kita. Sebenarnya, tanpa kita sedar, kita sedang dikawal oleh syaitan.

Sedikitpun aku tak kesal dengan apa yang telah berlaku pada hubungan cintaku. Malah, aku amat bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku, dan tidak mahu aku terus-terusan berada dalam dosa serta lalai dalam menjalankan tanggungjawb aku sebagai seorang hamba. Sedarlah wahai sekeping hati, cinta Allah terlalu luas dan tiada batasan waktu dan ruang. Kejarlah cintaNya terlebih dahulu, insyaallah nnt akan hadir untukmu insan yang menyintaimu kerana Allah. Dan pada waktu itu, nikmatilah cinta yang sebenarnya di dalam redhaNya. Insyaallah..

Tuesday, April 7, 2009

aku yang selalu poyo sibuk..

Alhamdulillah, arini aku dberikan kelapangan utk menconteng blog aku yg baru seusia jagung..sehari dua b4 this, aku mmg d landa kesibukakan yg maha dasyat..kadang2 aku fikir, dari mana dtgnya kesibukan tu? Napa aku jer yang sibuk, sdgkn member aku yang lain, trutamanya rumet kesayangan aku x sesibuk aku pun..padahal, kitaorg sama2 tgh praktikum kat sekolah skg ni..kenapa yer??????????

Aku terus sesakkan fikiran aku yang sedia sesak ni dgn soalan berbunyi..”kenapa aku sibuk d saat orang lain xsibuk?”..lama aku fikir…baru la aku dpt jawapan..semuanya berpunca dari aku yang suka lengah2kan kerja dan wat keje last minute..aku dah cuba ubah, tp entah lah..aku try wat keje2 aku awal, tp idea yg dating tsekat2, x cm idea yg dating time last minute aku buat..mgkin time adrenaline rush, so idea pom banyak utk aku “mengarut” menyiapkan keje2 aku..huhuhu..satu lg, aku ni suka wat keje sambil2, contohnya, sambil wat keje, aku main tenet..haaa..tu mmg masalah besar bg aku. Bahaya tuh..pape pn, aku cuba reduce kn sikit la skg ni, sbb aku byk lalai dgn tenet ni..

pape pn, walau dlm keadaan sibuk, aku tetap gembira..kdg2 aku saja jer buat2 poyo sibuk, sbb aku tau, aku akn lbh dekat dgn allah bila time aku sibuk, aku xda masa nk fikir yg bukan, nk fikir sal org lain, nk bburuk sngka kat org..huhuhu..

"setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu bukan bermakna Allah telah memberi kemuliaan. dan setiap org yang diberikan ujian dan cubaan bukan bermakna Allah telah menghinanya"-Al-Fijr, 15-17..

Tp mcm mlm ni aku free, aku buat2 la sibuk tulis blog, baca majalah kegemaran, SOLUSI n pape je la, janji aku gumbira..tp tak sesekali aku penuhi masa aku dgn dok p borak dgn member2 aku..itu bahaya, nnt aku mngumpat kat org plak..huhu..pompuan, al maklum saja lah, kalo dh bkumpul, mula bcerita sal org, mcm la aku x tau semua tu..aku pn pompuan gak..

Saturday, April 4, 2009

Satu Langkah Permulaan

Bismillahirahmanirrahim...
dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyanyang, aku mulakan langkah dlm dunia blog ni..sebenarnya,aku dah lama berniat utk mpunyai blog sendiri spt kwn2 yang lain..bukan kerana aku cemburu atau ingin mjadi seperti mereka, ttp just for fun and bkongsi setiap langkah hidup aku yang hina ini menuju kematian yang entah bila akan datang menjemput..mungkin 5 minit lg, mungkin esok, lusa, minggu depan..dan mungkin, mungkin dan terus mungkin..kerana kita insan biasa yang tidak betah untk tahu detik kematian kita..namun, kita harus sentiasa bersedia untuk sebuah pertemuan yang belum tentu suasananya..adakah ianya berlangsung dalam keadaan yang redup, teduh dan nyaman atau dalam keadaan panas terik yang mbakar kulit dan mcairkan otak?..wallahu'alam..
hari ni, 4/4/09..cantik tarikh ni kan? sapa2 yang nak ambik sbg tarikh nk kawen, boleh la..huhu..alhamdulillah, aku bercuti hari ni, setelah seminggu btungkus lumus di sekolah. Aku sekarang sedang bpratikum di Sek.Kebangsaan Seri Relau. Dah 2 minggu aku kat situ.Syukur, kerana sekolah tu best dan guru2 kat situ pn, friendly, so aku tak rasa cam alien la kat situ...student????hurm, student kat situ pn ok, tp adalah gak yg k.o tu..biasa lah, bdk2 lg tu...setiap hari, aku makin seronok dgn profession ni walaupun kesibukkannya hanya Allah jer yang tahu...(cmne sibuk tu, nnt aku bgtau kat nex post yer)..i'm proud 2 b a teacher..
actually, byk lg yang aku nk tulis, tp masa x mengizinkan..nk kemas bilik, nak kuar cari bahan ABM..huhuhu..sekian dulu..