Bukan semua orang dapat menikmati keindahan hidup yang dikatakan alam rumah tangga. Jika dibuat bancian semua orang terutama wanita inginkan hidup berkeluarga,disayangi dan menyanyangi. namun bukan kita yang menetukan jodoh kita sendiri.Walaupun usaha dan ikhtiar telah kita lakukan, kita usahakan namum jodoh itu belum tiba jua. Wajarkan kita kesal, mengeluh dan merintih? Sebagai hamba yang meyedari dirinya milik Allah, sepatutnya dia redha dan pasrah...
Ketentuan Allah kekadang tidak sama. Langsung tidak menepati kemahuan dan harapan kita. Melihat insan lain bahagia dan indah bercinta bersama pasangan masing-masing, hati kita meruntun untuk turut merasa pahit manis dikasihi dan menyayangi, melalui onak dan duri dunia perkahwinan, mengecapi nikmat bersuami isteri dan merasa bahagia mendengar hilai tawa anak-anak.
Namun, lain percaturan yang telah ditentukan Yang Maha Kuasa. Walau usia semakin meningkat, namun hingga kini tiada siapa yang boleh kita panggil ‘teman tetapi mesra’ apatah lagi seorang suami. Hati kita tertanya-tanya, apakah ketentuan Allah untuk kita sebenarnya?
Dimana jodoh kita? Adakah memang menjadi suratan bahawa kita hidup membujang hingga ke akhir hayat? Kekadang bukan tiada yang mahukan kita tetapi malangnya dia sendiri kepunyaan seseorang.Lalu, untuk tidak mahu digelar perampas, kita mengelakkan diri.
Lalu, hingga kini kita masih terus membujang walau keinginan begitu kuat untuk bergelar isteri kepada seorang suami.
Sebenarnya, memang jodoh dan pertemuan bukan hak kita untuk ditentukan. Namun, usaha tetap perlu ada. Melalui diri, doa adalah senjata utama. Bermohonlah kepadaNya akan seorang jodoh yang beriman,yang dapat membimbing dan membawa keluarga pada jalanNya. Dalam zaman yang canggih ini pula, pelbagai cara dapat kita usahakan untuk mencari teman, melalui kawan-kawan yang telah berumahtangga juga boleh disuarakan.
Orang tualah sebenarnya pemain peranan utama dalam mengusahakan jodoh untuk anak-anak.
Usahakan terus, persiapkan diri, namun, bersedia menerima seadanya...andai tetap tiada jodohnya, lalui kehidupan setenangnya. lihatlah ke bawah...
Betapa ramai ibu-ibu tunggal yang menderita kerana ditinggalkan suami yang tidak bertanggung jawab. Malah hatta bergelar seorang isteri sekalipun, betapa ramai yang menderita dan tidak berbahagia. Sehingga ada yang menyesali perkahwinan masing-masing.
Lalu, sebenarnya, walau apapun kita, walau status apapun kita, segala ketentuan itu adalah milik Nya. Dan segala sesuatu yang menjadi milikNya, itulah penaturan terbaik untuk kita.
Cumanya jangan berputus harap, kerana sesungguhnya orang mukmin itu tidak pernah kecewa. Cintailah Yang Maha Kuasa dan letaklah cinta kita padaNya sebagai cinta yang agung, walaupun kita kini sedang menikmati cinta sejati.
sumber: halaqah, wriiten by ummi munaliza
No comments:
Post a Comment