Saturday, November 7, 2009

Usah Risau Jika Belum Berpunya..





Resah selisah. Seraut wajah termenung jauh. ”Orang lain semua dah kawen, tinggal aku sorang jer”. Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.

”Aku tak cantik ker?”

”Aku kurang bergaya ker?”

” Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?”

” Aku tak pandai mengayat agaknyer?”


Mungkin itulah kerisauan yang memberat diminda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, dapat.


Pilu hati ini yang melihat remaja merana kerana cinta. Pilu kerana mereka sudah merasai peritnya penanangan cinta dusta, mereka masih tak mampu untuk mngarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta cinta. Semua batasanNya diredah segala. Tak kenal dosa dan pahala.


Oh remaja!

Cinta sebelum kahwin itu hanyalah menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan hingga ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah, bahawa rumahtangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkindapat menegak tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi hambar dan tawar.


Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia, amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman di negeri abadi.


Kuhembuskan nasiahat ini kepadamu wahai remaja tanda sayangku yang tak terhingga. Bagi para gadis yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda untuk mendapat seruan, yakinlah.


Usah risau jika belum berpunya, mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Dia menguji anda sedikit masa lagi. Begitu juga dengan pemuda yang belum berpunya, ’first thing first’. Utamakan yang penting daripada apa yang lebih penting. Kenali prioriti anda sekarang. Jika memang dah sampai saat untuk memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.


Memiliki seorang isteri yang solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapat sesuatu yang istimewa penuh berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang telah dicurahkan walaupun pinangan pernah ditoalk. Usah rasa malu dan terhina, kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasannya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana? Dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?


Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, kerana itulah tips untuk memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunalah orang tenagh untuk lebih menjaga warak dan iman.


Seringkali seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sanggup ditempuh. Namun, apabila ia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan yang kering Cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-quran dan sunnah.


Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya, wallau’allam.


Dipetik dari majalah SOLUSI, Isu.No2: Jangan Takut

Tulisan : Fatimah Syarha Mohd Nordin

No comments:

Post a Comment