Friday, June 28, 2013

SeNtap....

Kronik..memang kronik dh aku ni... Ada ke patut aku bleh sentap dgn citer dlm tv pasal pregnant... Aduh, mmg x masuk akal lngsung kn.. Tapi nak wat mcm mana, hakikat seorg ttc cm aku ni, makin di nanti, makin sensitif jd nya.

 Al kisahnya, td aku tgk la drama kegemaran aku kat tv3, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Citer tu dh nak smpai ending pun. Dlm slot td, si heroin tu dh pregnant after 3 month+++ nikah. Itupun baru sekali dua bersama. Aduh, sgt33 la mudah kan. Sedangkan realitinya hidup cm aku, sgt33 la x brapa nk mudah. Bersama beratus kalipun, belum lg dpt..;(

Dah la, aku ni emo je.. Al maklumlah, cik p dtg mlawat hari ni..Itu yg meroyan siket..;p
Harap2 adalah rezeki bulan Ramdhan utk kami nnt. Insyaallah..;)

Friday, June 7, 2013

~~~KrOnOlOgI cInTa kAMi~~~

Sajer jer nak kasi tau kat sini, nnt bila ada ank2 and diorg dh besar. Diorg akn tahu ceritera kisah cinta mak dan ayah dia. Walaupun tak sehebat Shah Jehan dan Mumtaz, tapi cukup bermakna buat kami berdua..;)

28 April 2010
Dia add aku kat FB (sbb tu kami suka lagu Cinta Muka Buku-Najwa Latif..hihihi)

8 Jun 2010
Our First Date
Tempat: KB Mall, KB.
Makanan: Chicken Chop
Pakaian: Dia (kemeja lengan pnjng warna biru+jeans+selipar biru= all blue ;p)
Aku (baju kurung kaler merah+hitam+tudung hitam+sandal hitam+beg hitam=all black.;p)

9 Jun 2010
"Declaration" of our relationship in silence (means xda specific sentences, just faham2 sendiri la.;p)

2nd Ramadhan (Tahun yg sama, aku lupa tarikh..hihihi)
Dia dtg beraya kat uamh aku, jumpa my mum and siblings. Dgn ayah aku x jumpa, sbb aku tkt nk knl dia dgn ayah (ayah garang sikit.;p). Sebenanrnya, itulah kali pertama lelaki secara personal dgn rumah aku jumpa family. B4 ni ada, tp kwn masa sek, diorg dtg reramai.

5 Syawal
Dia bw aku jumpa parents dia kat umah dia. Nervous giler aku wei.. First time p jumpa org tua lelaki. Alhamdulillah, parents dia ok. Mak dia awal2 lg dh bahasa diri "Mek", lg la aku serba salah.

7 Syawal
Kitaorang date kejap, tu pun pergi pekan Machang jer.
On the way tu,
Dia: Buka dashboard tu jap.

(Aku terpinga2, apasal lak mamat ni suruh aku buka dashboard dia)

Aku: Nak buat apa?? (Sambil buka)

Dia: Cari benda yang paling mahal dalam tu.

(Apa benda yang mahal sgt dalam dashboard dia ni? Dah la bersepah, mcm mana aku nak cari ni.)

Aku: Yang ni ker? (sambil tunjuk kotak broadband)

Dia: Benda tu nak buat apa.... Cari lg. (dah mcm cari harta karun dh aku rasa)

Then, aku terpegang kotak cincin.......

Aku: Yang ni ker?

Dia: Pandai pun, cuba pakai kat jari manis tu, ok x? Kalo longgar kita pegi potong sikit.

Aku jd cm org bodoh, ikt jer apa dia cakap. Tak kata pape pun.

Aku: Longgar

Dia: Ok, kita pegi potong

Dah lepas potong cincin tu, match dgn jari aku, dia suruh aku pakai jgn tanggalkan.

Aku: Knapa ko bg aku cincin ni? Nak buat apa?

Dia: Tu sbg tanda dr aku. Dah aku nk pegi pinang ko x nak, jd cincin tu aku bg untuk tanda ko la.

Aku terkedu, rasa cm mimpi jer semua ni..;p

12 November 2010 (Jumaat)
Family dia dtg ke rumah aku buat kali pertama, untuk bkenalan a.k.a berbincang tentang kami bdua (actly diorg dh lama kenal satu sama lain, sbb rumah kitorg ni dlm kawasan yg sama, dlm 10 min jer. Kitaorg jer yg x knl dgn parents msg2 sblm ni.  Tapi kali ni dtg dgn lebih beradab la org kata. 

Bincang punya bincang, tup2 diorg tetapkan tarikh nikah terus, sbb aku x nak btunang. Mak aihhh.. x ke tkejut badak aku dibuatnya, aku igtkan diorg nk kenal2 jer, rupanya dh tetap hari. Gelabahnya. Majlis tunang digantikan dgn akad nikah, lebih halalkan? dan tarikhnya 4 Feb 2011. 

4 Feb 2011 (Jumaat)
Tarikh keramat. Kami berdua di satukan dalam majlis yg simple dihadiri oleh keluarga terdekat (ala2 majlis tertutup gitu). Syukur yang x terhingga, Alahamdulillah. Dan pada hari tulah kami bergambar berdua. B4 ni mmg x pernah bgambar bsama, bersentuhan apatah lagi la. Dats y la kalo aku tgk gmbr nikah kami, aku rasa ada satu perasaan yg cukup2 indah, msh lg trasa feeling time mula2 bersentuhan dgn suami lebih tepat lagi, first time bersentuhan dgn berpegangan tangan dgn lelaki. Alangkah nikmatnya kerana itu adalah hala utk aku.


4 Jun 2011
Majlis Persandingan kami di rumah aku. Kenapa lewat buat majlis? Ni sbb lepas akad nikah, aku kene posting kat Melaka, hubby plak keje kat Kedah. Satu lg, nak guna duit sendiri utk majlis, x nak guna duit parents. So, aku kene keje la dulu. Then, majlis tu guna duit first gaji+tunggakan 3 bulan. Alhamdulillah, cukup la tu, walaupun x grand, tp puas hati..;)

Haa..tu la kisah cinta kami, dalam masa 1 tahun..;)
Moga ikatan ini berkekalan hingga syurga , Insyaallah..;)


Tuesday, June 4, 2013

....KErAnA ANak....

Hari ni seharian aku terfikirkan tentang ANAK. Entah kenapa itu yg aku fikirkan. Sayu bila mengenangkan nasib diri yang masih belum dikurniakan cahaya setelah lebih 2 tahun mdirikan rumahtangga. Sayu bila terfikirkan kawan2 sedang bahagia menimang, bermain dan memeluk zuriat sendiri. Sedangkan diri ini masih begini, hanya mampu membayangkan, hanya mampu bermimpi. Entah bila akan jadi pasti, aku sendiri pun tidak tahu. Ya, aku tidak sepatutnya membayangkan tentang mereka, tapi tidak mampu untuk menepisnya dari minda ku. Sehingga hari ini, sudah beberapa bulan aku tidak menjenguk FB. Kenapa? Kerana aku cukup "sakit" bila melihat gambar kwn2 bersama zuriat mereka ataupun dengan gembira mengepos status tentang kehamilan. Aku akui, itu hak mereka utk berbuat demikian, dan mereka tidak bersalah pun. Tapi aku juga perlu akui bahawa aku CEMBURU. Dan hanya dengan tidak mjenguk FB shja cara utk aku hapuskan rasa cemburu di hati, kerana itu lebih baik. Aku tidak mahu cemburu dan iri hati menguasai diriku, kerana itu akan mjadikan aku seorng manusia yang akan menyalahkan takdir Allah ke ats diriku. Nau'zubillah hi minzalik. 

Sejujurnya, lately aku agak renggang dengan Allah. Aku rasa kecewa krn Allah belum makbulkan doaku untuk mempunyai zuriat sendiri. Aku patuhi hukum Allah, aku solat, aku mbaca Al-Quran, aku menutup aurat sptmana yg disyariatkan... tapi kenapa Allah masih belum sampaikan hajatku? Aku tgk org yg tidak solat, tidak tutup aurat semua tu senang je mngandung, senang je dpt anak. Sebelum bkahwin, kami suami isteri amat mjaga hubungan kami agar tidak tcemar dgn maksiat krn takut murka Allah dkm rumahtngga kami nnt, tapi Allah tidak bagi pun zuriat utk kami. Sedangkan hamba2nya lain gembira melakukan pkara dilarang sebelum bkahwin, bila bkahwin senang je dapat anak. Terkadang aku terfikir, jahat sgtkah aku ni pada pkiraan Allah??? Aku jadi hilang arah, hilang pegangan. Aku tak tahu nak cerita kat siapa benda ni. Nak cerita kat En. B, mungkin dia tak faham.

Lama aku bfikir sendirian, kenapa aku jadi macam ni? Ke mana diri aku yang dulu? Yang semakin dekat dgn Allah bila diuji? Ke mana? Ke mana? Ya aku telah "tersesat" kerana ANAK. Kerana anak aku lupa bahawa Allah lebih bkuasa menetukan soal rezeki seseorang. Kerana anak aku lupa dugaan Allah itu merupakan tanda kasih sayang Dia padaku. Kerana anak aku lupa untuk terus berdoa kepadaNYA. Kerana anak aku buta untuk melihat dan lupa untuk bersyukur pada nikmat Allah yang lain yang melimpah ruah dalam hidupku, sehingga tidak terhitung banyaknya. Ya, semua kerana ANAK. Telah merubah hidupku menjadi seorang yang jahil, begitu jahil lagi bodoh.

Ya Allah, ampunilah dosaku kerana kelalaianku, kebodohanku, kejahilanku. Berilah aku cahaya petunjuk dan hidayahMu, agar aku kembali kepangkuan, kembali menangis di"ribaan"Mu, seprtimana suatu ketika dulu. Ampuniku Ya Allah.



Sunday, June 2, 2013

....DaTanG JUgA akHiRnYA....

Hari ni Miss P dah dtg melawat aku setelah lewat 6 hari dr tarikh yg sepatutnya. Seperti ayng aku ceritakan dlm entri lepas, aku dh UPT test, tapi NEGATIVE dan aku msh berfikiran positif yang result tu akn btukar positive. Tapi hari ni segalanya telah terjawab..;)

Pg td bgn je tido rasa x sedap perut, nk buang air besar, tp angin je yang keluar. Berkali2 aku ke toilet. Dalam pada tu, aku bdoa dlm hati, jgn la ada darah yang keluar. (paham2 la kan). Selang sejam, aku rasa sgt2 nk mbuang. Buka je panty, Ya Allah… darah. Terkedu jap… then, reset minda balik.. takpe lah, mungkin bukan rezeki kami bulan ni. ;) . Bgtau kat En. B dah period, dia, “Takpe lah syg, xda rezeki.” Tapi sebenarnya aku tahu dia kecewa sbb b4 ni dia mmg berfikiran positif yg aku ni pregnant. Siap mngusik2 aku lg. walaupun dia x show off yg dia sedih, tp sbg isteri aku faham perasan dia yg ingin bergelar bapa dan mendakap anak sendiri. Aku jd bertambah sayu.


Aku berlagak spt biasa, spt xda apa yg berlaku. Tapi sebenarnya dalam hati Allah je yang tahu, ada rasa kecewa krn masih belum diberi peluang untuk pregnant. Sesekali terlintas, kenapa Allah “main2kan” aku bulan ni??? Astaghfirullah, sampai ke situ aku fikir. Aku akui sebagai manusia biasa, aku tidak mampu utk menolak takdir, menolak qada’ dan qadar Allah. Jika di tempat kerja pun, aku tidak mampu untuk engkar keputusan Boss yang hanya manusia biasa, mana mungkin dalam kehidupan ini aku mampu engkar takdir Allah yang Maha Berkuasa? Aku pujuk hati supaya bersabar dan redha, ujian Allah ini amat sedikit jika di bandingkan dengan nikmat Allah yg mnggunung untuk kami suami isteri. Insyaallah, akan tiba rezeki untuk kami bulan depan.;)



Saturday, June 1, 2013

Period delay 6 hari…….Tapi UPT negative..;(


Urmmm… dilemma nih.. memang pun…;p

Al-kisahnya, hari ni dah 6 hari period aku lewat dr tarikh yg sepatutnya. Due nya 27/5. Tapi hari ni dah 1/6. Memang tak pernah berlaku sebelum ni kecuali time aku first time pregnant dulu. Itupun 2 tahun lepas. Lepas tu tetap je 25-27 hari setiap bulan. Macam2 aku fikir, aku ni pregnant ke? Ke period lambat sebab berat ptambahan berat badan aku? Ke aku sakit? Arghhhh… mcm2 msuk dlm kepala otak aku ni.

2 hari sblum due period aritu aku demam+ selsema. Tapi xdalah teruk sgt. Berlarutan la smpai semalam. Hari ni datang batuk plak. En. B suspect aku pregnant, tp aku x berani nak bagi harapan kat dia, sbb aku takut dia kecewa. Biarlah aku sorang je yang kecewa sekiranya aku x pregnant. So, aku cakap je la kat dia, mungkin sbb ptambahan berat badan aku kot. (tapi dlm hati hanya Allah je yang tahu betapa aku bharap yg aku ni +ve pregnant).

Pagi td, aku mintak izin dgn En. B untk pegi bank in duit, tp main purpose aku nk ke Guardian Tesco utk beli UPT. Aku beli yang cap Guardian je, yg paling murah, tkt mbazr kalo beli yang mahal. Balik rumah, aku terus test, tapi NEGATIVE. Keluar je dr toilet, En. B terus tanya, mcm mana result???? Aaaa???????? Mcm mana dia tahu aku test UPT? Sdgkan aku x bgtau pun akt dia yang aku pergi beli benda alah tu. (Mungkin instinct seorg suami). Aku cakap je la, negative. Then, dia cakap mungkin awal lagi kot, sbb tu xleh detect. Entahlah, aku sebenanrnya takut untuk berharap. Aku takut aku sendiri yang kecewa, menangis lagi. Aku kesian kt En. B, tkt dia bharap.


Apa yg dpt aku buat sekarang ni, just bdoa pd Allah, moga apa yang kami harapkan menjadi kenyataan. Insyaallah, positifkan minda minggu depan mst UPT positif. :)