Thursday, July 18, 2013

..DuGaAN dI BuLan rAmADhAN...

Dh nama pn dugaan kan. Apa yg diduga sbnrnya????
Apa lg dugaan pd org ttc cm ak ni, kalo bukan soal anak.

Last week one of my fren msk keje lmbt, aku x kisah pn soal dia msk keje lmbt tu. Kebetulan aku free pg tu, jd aku duk sembangla dgn rakan2 smeja aku. Tiba2 ak tdengar......

"Ye ke? Dah mngandung dak F. Dah brapa minggu dh? 5 minggu? Tahniah2, jaga diri baik2 ye."

Owh, u can imagine my feeling at that time? Even my mouth immediately said "Alhamdulillah", but i dunno either it is really sincere from bottom of my heart or just to hide my indescribable feeling. 

Ok, thats is the first story, 2 second story came last few days. Also my fren at the same workplace. 
"Mabuk ke Min? Kalo x larat, buka la puasa."

Aduh, again im received that kind of news. Jujur aku katakan, aku tak tahu mcm mana nak respon pada semua2 bnda2 mcm ni. kedua2 mereka berada di depan mata aku, setiap hari aku jumpa mereka. Setiap hari jugalah aku mendengar mereka bercerita ttg kandungan dan anak, setiap hari aku melihat perut mereka membesar. Dan setiap hari jugalah aku terpaksa untuk kuatkan diri mengukir senyuman, melindungi perasaan sendiri. Seolah2 dihati aku langsung tidak terkesan dgn keadaan mereka. Tetapi jauh disudut hati aku hanya Allah je tahu, betapa peritnya berdepan dgn semua itu. Moga Allah berikan aku ganjaran di atas kesabaranku untuk menghadapi semua ini. Nasib baik la ni bulan Ramadhan, kurang sikit syaitan nk cucuk. Dan aku plak, byk masa dihabiskan dgn dgr ayat alquran dan mbaca alquran bila waktu free. Aku elak utk bcakap dgn rakan2 lain, krna aku xnak mereka melukakan hati aku yang dh tersedia rapuh. Hanya rakan2 di meja aku je yg memahami aku. Thanks kawan.;)

Tuesday, July 9, 2013

...SabArlAH WahAi hAti....

Sebenarnya dr semalam lg aku nak share benda ni kat sini, tapi x bkesempatan. Badan penat, otak penat, perasaan pun penat jugak. Dari mana nak mula pun aku x tahu.

Alkisahnya, semalam after blik sekolah, aku lepak2  la dgn hubby kat depan tv, tiba2 hubby bgtau kawan dia Si Gemuk (tu pggln ktaorg kat dia) dah dpt bby. Glurpppppppppppp. Entah knapa aku terus rasa sebak, sedih dan semua bagai perasaan yg x best tu. Tp b4 tu, aku sempatlah ckp "Alhamdulillah", xtau la ikhlas ke x ucapan tu keluar dr mulut aku. ;(. Tambah plak kawan dia tu kawen stahun lbih selepas ktaorg kawen. Aku terus hilang mood nk lepak, fikiran aku dh terbang entah ke mana memikirkan nasib diri yg belum dikurniakan zuriat. Rasa iri hati dan cemburu mula mengusik tangkai hati. Ya Allah, ampuni aku.

Then, lepas je solat Asar, aku nangis semahu2nya. Meluahkan segala yang terbuku di  hati kepada Ya Rabb, betapa sedihnya rasa hati ini, betapa teringinnya aku untuk menimang zuriat. Ya Allah, ampuni aku kerana memiliki perasaan iri terhadap berita yg telah disampaikan oleh suamiku. Aku tidak mahu menyimpan perasaan itu, aku mahu ikhlas dlm menerimanya dan redha dgn ketentuanMu. Aku hanya insan biasa Ya Allah, yang kadangkala terguris dan terhiris hatinya. Bukan aku dengki, cemburu dengan mereka, tapi aku tidak dpt membendung rasa sedih di hati mengenang nasib diri sendiri. Tambah lagi, aku x mahu suami aku bersedih. Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapinya, untuk terus tabah dan tersenyum.

Aku tahu semua ini akan mematangkan aku dan menjadikan aku hamba yang lebih dekat dgnMu Ya Allah.

p/s: Entri ni caca merba sikit, emosi kurang stabil..;(

Friday, July 5, 2013

...China..oh.. China..

Ha, apa hal plak dgn China ni??
Citernyer cm ni, last week geng sek aku tu wat trip ke Vietnam. Tapi aku x ikut, sbb financial x berapa mengizinkan. Al maklumlah, skg ni En. B jobless, jd kene jimat la sikit kan, tmbah plak, sebulan dua lg nak blik kg utk raya. Pun nk guna duit jgk kat sini. Jadi terpaksalah aku korbankan keinginan aku tu, insyaallah dpn hari akan ada rezeki utk kami. 

Leaps blik dr Vietnam aritu, adalah sorang hamba Allah ni buka offer trip ke China Disember 2014 nnt, 20 org jer. Aku terus la bgtau nk join, sbb aku fikir lmbt lg nk p. So, sempat la aku simpan duit dulu and aku harap dlm masa terdekat En. B akan dpt keje. Insyaallah.

Dalam masa aku duk ckp2 nk p China tu, adalah suara2 yg ckp lebih kurang cmni la,
"Eh, ko nk China ke?"
"A'ah. Kenapa?"
"Ko x takut ko mengandung ke thun depan? Nnt rugi la duit ko kalo x dpt pegi."
"Hahaha.. Aku x kisah pun, kalo ada rezeki mengandung next yer, aku cancel je la nk ikt trip tu, plg kurang pun tiket flight je burn. Tapi x pe lah, mungkin Allah gntu dgn rezeki anak. Kalo aku fikir mcm ko ckp tu, jwbnyer x kemana-mana lah aku laki bini. Duk kat umah jer, tunggu mngandung. Rugi la masa tgh bdua ni kalo x manfaatkn betul2."
"Betul jgk ckp ko"

Terus je dia diam. Aku bukan apa, aku  xsuka la, nk kaitkan benda2 ni dgn pregnant, anak. Sebab semua tu kat tgn Allah, Dia tahu bila masa Dia nk bg rezeki tu utk kami. Dia tahu waktu sekarang ni belum sesuai utk kami, sbb kewangan kami waktu ni sgt3 la terhad. Kdg2 x sempat smpai hujung bulan, poket dh nk hmpir kering. Ye la wat masa skg ni, aku sorang jer yg menanggung segala isi rumah, dr A-Z. Kalo ada anak, nnt dia nk mkn apa? Mcm mana nk beli pampers, susu, pengasuh bagai??? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mungkin bila suami aku dh kerja nnt dan hidup kami dh stabil, Dia akan hadirkan anugerah itu utk kami berdua, insyaallah..;) Aku percaya takdir Allah bukan sia-sia. 

...BuRgEr KiNg...

Burger King oh Burger King.. Al kisahnya ari Selasa lepas (2 Julai 2013) kami laki bini p la mkn BK ni. Aku lah yg gatal p merengek kat En. B sbb x pernah BK seumur hidup aku 27 thn ni.hihihi.. (alahai kesian bini dia ni kan)... Bukan apa, masa kecik2 dulu duk kat kg, org miskin plak tu, mana la nk merasa mkn makanan cmtu, KFC pun kalo dpt skali stahun pun dh ckp baik. Time blajar plak, duit elaun cukup2 jer. Nak buang duit mkn beger rege rm10 sbijik mmg x sggup kot. Kalo mkn kat kantin tu bleh tahan 3 hari.

Ok back to our story, after school time En. B fetch aku kat sek n directly p BK yg dkt sek aku tu. En. B order set baru
En. B punyer. Dia add on Spicy Drummet.

Ni aku pinya, aku ambik Spicy Chick n Crisp

Aku plak mkn set biase jer. All together RM 22.++. Bleh tahan jgk la regenye. Tapi kalo mkn McD time dinner lagi mjurah kot. But, mahu try punya pasal, its ok la. First impression aku bila tgk mkanan yg kitorg order tu, jujur aku nampak cm x sedap sgt pun. Bila dh msk mulut. emmmmm, xda la sehebat berger McD. French fries pun x sedap sgt, masin. Air coke dia rasa pahit, cm letak panadol je rasanya. Set yg En. B punya pun sama. Xsedap. Agak kuciwa la jgk. ;(. Then, ckp kat En. B, "Ini mungkin first n last i mkn BK, after this, dah x nak ngidam BK lg dah"..huhuhu

Kesmpulannya, bg aku BK memang x sedap. Tapi xtau la org lain plak lain citarasanya kan..;)