"Seronok ada anak ni Fat, stp masa kita asyik igtkan dia jer." kata seorang sahabat.
"Memangla seronok, tapi berdua dgn suami pun seronok jgk. Bleh manja-manja, bleh buat pape je yg kami suka." sambutku menyembunyikan perasaan disebalik senyuman.. Tapi hati aku pula berkata " Memanglah seronok, kalo ko x ckp pun aku tau betapa seronoknya menjadi seorang ibu. Rata-rata kat Fb tu duk bercerita ttg anak msg2. aku yg takda anak ni pun dpt rasa aura keseronokan diorg."
Kalaulah bleh mengandung dgn sesenang-senangnya mcm org lain, mmg seronok. Tapi Allah tidak golongkan aku dlm golongan itu. Allah golongkan aku di kalangan hamba-hambaNya yang diuji dgn kelewatan menerima zuriat. Justeru pada waktu ini, tidak salah sekiranya aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup berdua dengan suami tercinta, meskipun belum dikurniakan cahaya mata. Jujur aku katakan, aku bahagia dan teramat bahagia dgn kurniaan Allah yang satu ini, tiada galang gantinya. itulah suamiku..Seorang lelaki yang sggup menerima segala kekurangan dan kelemahan aku, yang sentiasa memberikan aku bahu untuk bersandar, yang sentiasa bersedia untuk menyapu air mata dipipiku, yang sentiasa erat memegang tanganku, yang sentiasa menjadi penenang dukaku, dialah anugerah terindah dr Allah untukku.
No comments:
Post a Comment