Wednesday, August 8, 2012

TiKa DiRi tErAsA tEwAs...;(

lost of words...don't know what to say...don't know how to feel and how to react...honestly, im very sad..really sad..but...what for???..

berdepan dgn situasi sebegini bukanlah suatu yang mudah, bukan juga suatu yg ak minta..ku cuba bertahan, ku cuba tersenyum, ku cuba mengalihkan pandangan..tp aku tak mampu..aku hanya wanita biasa, yg juga pun naluri, keinginan untuk bergelar seorang IBU...terlalu ingin...

ya allah, aku hambaMU yang lemah, aku cuba untuk terima semua ini sebagai ujian dariMU..tapi kadangkala ak juga tewas dengan keadaan. Keadaan sekeliling terlalu menekan aku untuk tewas, tewas dalam mempertahankan perasaan sendiri..maafkan aku ya allah...

ya allah, andai takdir dariMU bukan rezekiku untuk memeluk zuriatku sendiri, kuatkanlah imanku, tabahkanlah hatiku..akan tetapi ya allah, jgnlah kau uji aku dgn apa yg tidak mampu aku tempuhi...sesungguhnya engkau maha mengetahui dan maha penyayang...

"Seronok ada anak ni......"

"Seronok ada anak ni Fat, stp masa kita asyik igtkan dia jer." kata seorang sahabat. 
"Memangla seronok, tapi berdua dgn suami pun seronok jgk. Bleh manja-manja, bleh buat pape je yg kami suka." sambutku menyembunyikan perasaan disebalik senyuman.. Tapi hati aku pula berkata " Memanglah seronok, kalo ko x ckp pun aku tau betapa seronoknya menjadi seorang ibu. Rata-rata kat Fb tu duk bercerita ttg anak msg2. aku yg takda anak ni pun dpt rasa aura keseronokan diorg."

Kalaulah bleh mengandung dgn sesenang-senangnya mcm org lain, mmg seronok. Tapi Allah tidak golongkan aku dlm golongan itu. Allah golongkan aku di kalangan hamba-hambaNya yang diuji dgn kelewatan menerima zuriat. Justeru pada waktu ini, tidak salah sekiranya aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk hidup berdua dengan suami tercinta, meskipun belum dikurniakan cahaya mata. Jujur aku katakan, aku bahagia dan teramat bahagia dgn kurniaan Allah yang satu ini, tiada galang gantinya. itulah suamiku..Seorang lelaki yang sggup menerima segala kekurangan dan kelemahan aku, yang sentiasa memberikan aku bahu untuk bersandar, yang sentiasa bersedia untuk menyapu air mata dipipiku, yang sentiasa erat memegang tanganku, yang sentiasa menjadi penenang dukaku, dialah anugerah terindah dr Allah untukku.

Thursday, August 2, 2012

rAyA Oh rAyA......

Raya oh raya...alhamdulillah, dis yer kali kedua ak beraya sbg seorang ISTERI..thn lepas, masa 1st time raya sbg isteri, ak wish yg thn ni kami dapat beraya BERTIGA... Tapi semua tu hanya tinggal harapan, ak msh lg belum conceive walaupun lepas setahun keguguran. Dah 3 bulan ak dan suami tinggal sebumbung, tapi msh belum ada tanda2 untuk bertiga..;(. sedih tu memang la sedih, sbb stp bulan ak wish Miss P x dtg n diganti dengan berita gembira akan kehadiran si kecil yg menghuni rahimku. Namun keajaiban itu belum terjadi dan rezeki belum berpihak kepada kami..Sabarlah wahai hati..

Sebenarnya, sempena bulan Ramadhan yg mulia ni, ak berharap sangat aku akan dpt berita gembira tu. Setiap hari ak berdoa moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan berita gembira itu, seperti mana insan lain. perasaan untuk mengandung dan melahirkan zuriat semakin membuak2 tatkala melihat suami tercinta melayan anak kucing di rumah kami seperti melayan seorang anak. hati aku perit saat itu, dan setiap kali tu lah ak berdoa di dalam hati moga Allah mengurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah sebagai penghibur hati kami. setiap hari dia akan berkata, "Period u dah x dtg bulan ni..heheheh"..walaupun dlm nada bergurau, ak tahu dia sgt berharap dan ak hanya mampu membalasnya dengan senyuman... B, maafkan i krn belum mampu mengandungkan zuriat kita.....