Nak citer yang mana
satu dulu ni???.. hehehe. Citer pasal Hari Ibu dulu lah. Hurmm..SELAMAT
HARI IBU untuk semua ibu2 di luar sana, dan teristimewa untuk ibu dan ibu
mentua yg tsayang. Terima kasih kerana melahirkan anakmu ini, dan terima kasih
kerana menerima diri ini sebagai menantu. Sesungguhnya jasa kalian tidak mampu
aku balas sehingga akhir hayatku.
Sejujur2nya seumur hidup aku, aku TIDAK pernah menyambut hari
ibu bersama ibuku. Hanya sekadar ucapan dari kejauhan. Kenapa terjadi
sedemikian????????? Jawapannya hanya satu, kerana ianya bukan kebiasaan dalam
keluarga kami. Terasa begitu janggal, dan aku sendiri tidak tahu bagaimana
harus membudayakannya dalam keluarga aku. Aku sebenarnya teringin untuk untuk
menyambutnya sepertimana insan lain menyambutnya dan aku juga ingin memberikan
perasaan indah diraikan oleh anak2 kepada ibuku. Aku harap, aku masih
berpeluang untuk melakukannya bila aku balik kg nnt. Ya Allah, kurniakanlah aku
kesemaptan untuk meraikannya bersama ibuku..;)
Untuk rakan2 yg telah bergelar ibu, tahniah aku ucapkan. Dan berbahagialah
kalian memegang title “ibu” sedangkan aku masih lagi memburu title tersebut. Entah
bila akan menjadi milikku. Mungkinkah pada tahun hadapan? Aku sendiri tidak
pasti kerana semuanya di tangan Yang Esa. Aku hanya mampu berharap dan berdoa.
Keduanya, SELAMAT HARI LAHIR KE-27 untuk diriku.:) Sweet 27
gitu..hihihi.. Tahun ni takde hadiah material dari Encik B, takde kad ucapan,
takde celebration. Hanya ucapan ikhlas dari bibirnya. Tidak mengapalah itupun
sudah mencukupi dan aku amat bersyukur dia masih mengingati hari itu.;).. dan
dia juga bukan sengaja untuk tidak mhadiahkan aku sesuatu, tetapi kekangan “fulus”
dan aku amat memahaminya. Hadiah material bukanlah segalanya, yang penting
hidup kami suami isteri aman dan bahagia walaupun masih belum dikurniakan
cahaya mata selama lebih dua tahun berkahwin. Menyentuh bab anak ni, hati aku
tersentuh sikitlah, sbb tahun ni umur aku dah mningkat, rakan sebaya aku ada yg
dh beranak dua dah. Tapi aku? Dulu masa tahun pertama kahwin, wish bila dh
tahun kdua nak smbut besday dgn anak. Tp bila tiba masanya masih lgi bdua, then
forward lagi untuk tahun seterusnya. Pun sama jgk nasibnya, masih bdua. Kali ni
pun sama jgk, dh tahun ke 3 masih lg berdua… nasib la badan. Tahun depan???? Entahlah
labu.
Tapi
takpelah, yg penting kesihatan aku ditahap yang baik. Xda lah sakit sana-sini. Alhamdulillah.
Kalau ada anak2 ramai pun, xda kesihatan yang baik pun xda aguna jugak kan. Terpaksalah
aku ajari diri untuk positif, walaupun UPT aku tidak pernah positif. Hahahhha.