Subhanallah, aku sungguh terkesan dgn sepotong ayat ni..memang benar, sbg manusia, seringkali kita tersalah mentafsir takdir yang diberikan oleh Allah kepada kita. kita selalu menggangap takdir kita sekarang ini sebenarnya bukan untuk kita dan kita berhak mendapat yang lebih baik.. astaghfirullah...sebegitu ceteknya iman kita tatkala diuji dengan sedikit ujian dari Allah. Sedarlah wahai diri, sebenarnya itulah yang terbaik untuk kita, kerana Allah Maha Bijaksana dan sebaik2 perancang. Bukalah sedikit ruang dalam hati kita untuk memahami hakikat setiap kejadian yang menimpa diri, suka, duka, sedih, gembira semuanya sudah tertulis hikmah disebaliknya.
No comments:
Post a Comment