Perasaan aku sendiri, mmg tak tau
mcm mana. Yang pasti perasaan cemburu tu tetap ada. Al kisahnya, time rehat
tadi, aku duk mkn kat staff room. Pastu ada le dua org kakak ni duk bcakap yg
saff sorg lg yg baru kawen awl bulan 3 aritu dh rasa mual2.tapi belum sure lagi
katanya… Dummmmm…ak yg tdengar dari jauh (xde la jauh sgt pun, selang 3 kerusi
jer..hihihi) ni rasa cam dihempap batu. Entah kenapa aku boleh rasa cmtu,
sepatutnya aku gembira untuk dia. Mungkin rasa itu terbit kerana aku masih
belum mengandung sehingga ke hari ini walaupun sudah lebih 2 tahun berkahwain,
sedangkan dia baru sebulan berkahwin dh pregnant. Ya, aku akui aku sgt terkesan
dgn berita itu.
Jauh di sudut hati, aku pujuk
hati cepat2, xnk cemburu kat org, takpe la, itu rezeki dia. Rezeki dia datang dulu,
mungkin lepas ni rezeki aku pulak. Aku cuba berlapang dada, menerima semua ini.
Sepertimana kata-kata dari Dr. Muhaya “jika ada situasi yang kita tak suka, jgn
pandang situasi tersebut, tapi pandanglah PEMBERI situasi itu”. Dan aku cuba
untuk memandang si pemberi situasi itu pada aku. Tiada satu pun yang Allah
jadikan itu sia2, kerana Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Ada hikmah
disebalik semua ni dan Allah bersama orang2 yang sabar.
Aku pujuk hati untuk bersyukur
dalam setiap situasi, walaupun aku masih belum pregnant, tapi Allah rezekikan
aku seorang suami yang amat baik dan memahami aku. Sekurang2nya dia tidak
pernah merungut, malah setia menghibur hati aku tatkala menangis kerana masih
belum berzuriat seperti orang lain. Bukankah itu juga rezeki dari Allah?. Selain
itu, Allah juga kurniakan aku kitaran haid yang normal tetap 25 hari, tak ada
senggugut yang teruk spt kebanyakkan wanita lain alami. Bukankah itu juga
rezeki?. Setiap kali haid datang, semua darah kotor dalam badan akan keluar
bersama dan menjadikan badan kita sihat. Bukankah itu juga rezeki?. Jadi nasihat
aku untuk diri sendiri, belajar bersyukur dan pandanglah segala yang berlaku
adalah semuanya rezeki dari Allah. Jika ianya dtg dlm bentuk ujian, anggaplah
itu rezeki pahala dari Allah untuk kita jika bersabar. Mcm hari ini, pg td aku
rasa sedih dgn berita tu, tp pd sebelah ptgnya aku gembira krn geran rumah kami
sudah pn sampai ke tangan kami. Alhamdulillah,
segalanya rezeki..;)