Tuesday, December 25, 2012

Anak Biasa @ Anak Soleh?

Semalam genaplah sudah percutian kami laki bini kat kg. Soal blik kg ni, bukanlah masalh besar buat kitorg. Maklumlah, aku kan cr laki yg dekat dgn rumah ak..hihihi. Masa kat kg aritu, ak seboleh mungkin mngelak kalo2 mak ak ajak ak p mana2, especially kalo umah sedara mara, tp kalo ajak aku p shopping ke, kedai ke, pasar ke, ak on jer. Aku bukan apa, aku malas nk mngadap soalan cepumas dr sedara mara ni. Karang x pasal2 ak sound diorg. Ak ni bukannya boleh org tanya pasal ank ni, mula la ak nk jwb ikt suka hati aku. Nnt xpasal2 putus sedara. Jadi jln terbaik, lbh baik aku jgn p mana2..;P

Malam last ak kat umah mak ak, time duk iron tudung, mak aku cakap.. "Aina dh nk dpt anak dh, kita ni xda lg ke?"... Then ak jwb la, "Ala, nnt la dulu, sabar la dulu."..Mak ak jwb lg, "Nnt2, tkt nnt mak xsmpt tgk.".. Alahai mak, jgnla buat ayat sedih. Anak mak ni tgh berusaha utk bg mak cucu. Cuma x citer kat mak jer. Sekejapan plak, mak ak smbung lg, "Aini tu dh byk bulan dh mengandung.", aduh mak, fahamlah perasaan anakmu ini. TTCians mst faham perasaan aku time ni kan  . Dan2 tu jgk la ak jd sebak, sedih. Xtau nk ckp macam mana.

Tadi ak citer la kat hubby pasal tu, then dia ckp, "xpala syg, dh belum rezeki kita lg. kalo ada anak pn,bknnya diorg nk tlg jaga ke, dukung ke, apa ke. plg tidak pn, diorg "agah" jauh2, main kejap2. tu je." Betul jgk kata hubby aku tu. (perbualan kami terhenti di situ)

Masa dlm keta otw p jln2 kat kedai RM2, hubby ckp dia nk beli bakul nk letak kucing. Kot2 la terjumpa kat R&R masa blik melaka nnt. Katanya adat org menangkap haiwan, mst sediakan bekas@sarang nk letak binatang tu dulu, bukan tangkap kemudian br sediakn bekas. Dia ckp lg, Allah akn bg apa kita hajatkan kalo dia nmpk kita dh bsedia. Then, ak pn tanya la, "tapi Allah x bg kita anak pn, wlpn kita dh bsedia". berlakulah dialog sp di bawah antara kami laki bini:

Hubby: Mungkin pada perkiraan Allah, kita belum lg betul2 bersdia, belum layak. Kita bukan nk ank yg biasa, tapi kita nk anak yg soleh dan solehah, kne sabarla sikit. Allah nk uji kita. Mungkin kita ada silap kat mana2.

Aku: Ye la, tp kat mana syg?

Hubby: U jgn emotional, pd i ada sebab knapa Allah x bg kita anak lg. I xnk kalut2 fikir pasal tu, kalo nk anak sbb org lain selalu tanya atau sbb org lain pn dh ada anak, baik x payah la syg. Niatla utk dptkn zuriat yg soleh dan solehah yg boleh bantu kita kat akhirat nnt, tidak kiralah sama ada kita dpt cepat atau lmbat kita mendapatnya. Buat masa sekarang, perbaiki apa yg kurang pd diri kita sbg persediaan utk mendidik ank2 kita utk jadi soleh dan solehah nnt. Jgn fikir bila nk dapat anak, bila, bila. Sbb semua tu rahsia Allah. Kita x tau (pnjang lebau syarahan laki ak)

Aku : Betul jgk tu.... (Lost of words)

Sebenarnya betul jgk kata2 hubby aku tu, ak ni emotional sgt kot, bila sentuh bab anak ni, dan org yg boleh redakan emosi aku, ialah laki aku. Dan aku amat bersyukur dikurniakan suami seperti dia tidak mendesak dan sgt memahami perasaan isteri seperti aku.. Terima Kasih Ya Allah..;)

Wednesday, December 12, 2012

“Doa Untuk Mendapatkan Anak – Amalan Dari Ulama’ Mekah”--> Ustaz Amin

Haaa..arini aku nak share sesuatu dgn semua.. Ni hasil "mengoogle" ak. insyaallah, harapnya dapat membantu kita2 yg sedang TTC ni yer..;)

Yang ni ak copy sebijik sejebon dr blog Ustaz Amin.......

Pertemuan saya dengan Habib Muhammad Jamalullail pada 21 Julai 2012 penuh dengan erti.
Habib Muhammad Jamallullail memberikan amalan untuk mendapat cahayamata bagi sesiapa yang susah atau belum mendapat cahaya mata.
Amalan ini boleh dibuat dengan dua keadaan:-
1. Jika kita ditempat kita
2. . Jika kita datang menunaikan Umrah
Keadaan satu (Jika Kita Berada di Tempat Kita)
1. Jika kita ditempat kita, bacakan setiap kali waktu solat 7 kali dua doa di bawah diiringi dengan istigfar seperti di bawah 100 kali
رَبِّيْ لاَ تَذَرْنِيْ فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِيْنَ
maksudnya : Ya Tuhanku, janganlah biarkan aku keseorangan dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi
رَبِّيْ إِنِّيْ لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيْرٍ
Tuhanku sesungguhnya aku adalah dari apa yang telah Engkau tetapkan padaku dan sebaik-baik orang yang faqir
Baca istigfar banyak2
أََسْتَغْفِرُاللهَ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
Aku minta ampun pada Allah dan sesungguhnya Dia yang maha memberi taubat.
Keadaan dua (Jika Kita Menunaikan Umrah)
Jika menunaikan umrah, setiap kali tawaf baca kedua-dua doa di atas, semasa di Mekah, baca Istighfar di atas banyak-banyak.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
“Ilmu Pelita Hidup”
al-faqir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Shah Alam
31 Julai 2012 jam 5.00 petang

http://www.ustazamin.com/2012/07/bicara-ilmu-84-doa-untuk-mendapatkan.html

p/s: Ayat pertama tu mst korang dh familiar kan, ayat kedua tu dr surah AL-QASAS, ayat 24, doa nabi Musa..