Tuesday, August 16, 2011

DIA lebih mnegetahui...

sedih?kecewa?bimbang?..hurmm..semua mjadi teman rapat aku hari ini..apa yang aku harapkan belum lagi ditakdirkan menjadi milik aku. Sekali lagi aku sedih, tapi cepat2 aku usir kesedihan dari membelenggu hati aku, agar tidak menganggu ketenteraman hidup aku..huhuhu...Aku ni sbnrnya mmg pakar kalo bab memujuk hati sendiri. al maklum la, sepanjang pjalanan hidup aku ni, bkn sedikit dugaan yang menimpa mahu, tidak mahu aku terpaksa hadapi dengan tabah, terpaksa memujuk hati aku yang sekeping ni.hihihi...hari ini pn sama, aku pujuk hati aku,agar tidak bersedih lagi, jauh sekali menyalahkan takdir atas apa yang menimpa diri aku...memang, jujur aku katakan, hati mana yang tidak terusik bila melihat anugerah kurnia Allah buat insan lain, alangkah gembiranya jika aku juga dapat merasainya.. Namun, takdir Allah mengatasi angan2ku, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku pada dan saat ini..

"wahai hati, redhalah dengan apa yang telah ditakdirkan, bukan Allah tidak tahu kehendak nalurimu, bukan Allah zalim kerana tidak memakbulkan doamu, bukan Allah tidak sayang padamu, dan bukan juga kerana Allah tidak sayang padamu, tetapi Allah terlebih dahulu merancang yang lebih baik untukmu di masa hadapan. ayuh, bangkitlah wahai hati, jgn bersedih lagi, masih byk ruang dan peluang utk merasa bahagia selagi Allah mengizinkan.Allah sbnrnya terlalu rindukan tangisan rayuanmu yang amat jarang sekali kedengaran sbb itulah semua ini ditakdirkan utk mu. justeru, ambil lah peluang ini, utk terus merayu, merintih dan meminta kepadaNya, mudah-mudahan ia menjadikanmu lebih dkt dgn Nya. "....

Teringat aku pada kata2 pengacara MHI, Wardina Safiyyah yang pnh berkata, "apabila ditimpa musibah dan kesusahan, jgnlah sesekali berkata.."kenapa aku yang diuji?kenapa bukan org lain?"..tetapi berkatalah, Ya Allah, betapa aku bersyukur diuji oleh Mu, dan aku amat tidak sabar untuk melihat hikmah yang Engkau janjikan di sebalik setiap ujian yang menimpa hambaMu"....

semoga kita sama-sama terus bersabar menghadapi ujian Allah..insyaallah..;)